Thursday, 24 November 2011
oh ibu....ku....ampukan dosa-dosaku...
dan yang paling penting jangan sakitkan hati mereka..tanpa mereka siapa lah kita di dunia ini.
Thursday, 17 November 2011
Harimau Muda tunjuk kejaguhan
JAKARTA – Panas, dramatik dan penuh mendebarkan!
Itu yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi yang menyaksikan Harimau Muda berjaya membenam ego Indonesia hasil kemenangan 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011.
Kemenangan tersebut menyaksikan Harimau Muda mara ke saingan separuh akhir apabila mengungguli Kumpulan A dengan mengumpul sepuluh mata – satu mata di hadapan Indonesia yang turut menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik pada temasya kali ini.
Namun yang paling mencuri tumpuan pada aksi malam tadi ialah apabila jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee diarahkan meninggalkan bangku simpanan pemain pada minit ke-68 selepas beliau didakwa mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan, Fahad Alkassar dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Tampil di hadapan hampir 100,000 penyokong fanatik Indonesia, Kim Swee menurunkan kesebelasan terbaiknya dengan Mahali Jasuli, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Asraruddin Putra Omar terus diberi kepercayaan berada di benteng pertahanan, manakala Khairul Fahmi Che Mat kekal menjaga gawang Harimau Muda.
Bahagian tengah pula dijana kapten Baddrol Bakhtiar sambil dibantu empat pemain – Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Fandi Othman, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Muhd. Nazmi Faiz Mansor sementara Izzaq Faris Ramlan bergerak solo di jentera serangan.
Sang Garuda Muda pula tidak menurunkan beberapa tonggak utamanya dalam kesebelasan utama seperti penggempur berbisa, Patrich Wanggai dan Octovianus Maniani.
Seawal minit keempat, Baddrol terlebih dahulu menguji benteng Sang Garuda Muda yang diterajui penjaga gol, Andritany Ardhiyasa. Bagaimanapun, rembatan Baddrol dari luar kotak penalti berjaya dinafikan Andritany.
Ketika perlawanan baru memasuki minit ke-14, pemain sayap lincah, Wan Zaharul Nizam terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan dan tempatnya digantikan oleh Syahrul Azwari Ibrahim.
Baru tiga minit berada di tengah padang, Syahrul mula menunjukkan bisanya apabila berjaya merobek gawang Indonesia menerusi satu serangan balas pada minit ke-17.
Gol tersebut ternyata menyemarakkan barisan Harimau Muda menggempur kubu tuan rumah. Pada minit ke-22, pemain tengah, Muhd. Nazmi Faiz Mansor berpeluang menguji benteng Indonesia, namun percubaannya gagal menghasilkan gol.
Dengan sesekali Indonesia mengacah kubu Harimau Muda, Baddrol dan rakan-rakan sepasukannya jelas sekali berjaya menyerap tekanan dengan terus melancarkan beberapa serangan ke gawang Indonesia. Namun, tiada sebarang tambahan gol dicipta kedua-dua pasukan.
Pada minit ke-56, Izzaq dilayangkan kad kuning selepas mengasari Andritany dalam kawasan penalti. Dua minit kemudian, Kim Swee membuat pertukaran dengan memasukkan pemain tengah, K. Gurusamy dan digantikan dengan Irfan.
Biarpun beberapa percubaan dihasilkan kedua-dua pasukan, namun tiada gol dijelmakan sehingga wisel penamat ditiup oleh Fahad.
Dengan kemenangan itu, Harimau Muda akan membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan B, Myanmar, manakala Indonesia berdepan juara Kumpulan B, Vietnam pada aksi separuh akhir esok (19 November).
Dalam pada itu Kim Swee ketika ditemui berkata, dia gembira dengan karaktor yang ditunjukkan skuad muda negara pada perlawanan tersebut.
“Mereka bukan sahaja berdepan dengan pemain Indonesia tetapi juga ribuan penyokong fanatik tuan rumah. Kemenangan ini tidak bermakna jika kita gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangai pada Sukan SEA 2009 di Laos,” katanya.
dari sumber berita kosmo
kita sebagai rakyat malaysia perlu yakin dengan pasukan malaysia dapat mempertahankan emas....
Sunday, 13 November 2011
jodoh?
Kita mampu merancang tapi hanya tuhan yang menentukan.walapun apaun yang
terjadi kita harus bersyukur,hukum dunia.lelaki untuk perempun,perempuan untuk
lelaki..itu sudah di wajibkan.kita sebagai hambah di dunia ini harus menerima
hakikat bahawa setiap perhubunga antara lelaki dan permpuan tidak semestinya
akan kekal sampai ke atas pelamin.bagai mana juga kita berusaha dan
berdoa.kalau bukan jodoh,jawapannya tetap sama .akan berpisah jua.lumara persahabatan.kalau ada perjumpan pasti ada perpiasan..jodoh kita telah
ditentukan oleh nya.Cuma kita berusah dan berdoa untuk mencari jodoh.kita mesti
yakin bahwa setiap manusia di dunia ini mesti ada jodoh..jodoh ini terbahagi kepada 3 jenis.pertama jodoh dari syaitan.sebagai
contoh kamu berkanalan dengan seorang perempuan dan kamu telah membuat
maksiat dengan nya dan terus
berkahwin,jodoh ini di kategori jodoh dari syaitan.kedua jodoh dari jin.kamu
telah berknalan dengan sesorang perempuan dan melamar dia.dia menolok lamaran
kamu dan kamu telah bomokan dia supaya dia suka dengan kamu.jodoh ini boleh di
kategori jodoh dari jin.da yang terakhir jodoh dari ALLAH.kamu telah berkenalan
dengan sesorang perempuan dan melamarnya dan dia menerima lamaran kamu.jodoh
ini dari ALLAH…sesungguhnya kita mampu merancang hanya ALLAH menentukanya...
Thursday, 10 November 2011
Kurang publisiti tapi laku
Kurang publisiti tapi laku
Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
GAGAL sekali tidak bermakna akan gagal untuk selama-lamanya. Itulah prinsip yang dipegang oleh pemilik nama Hazama Ahmad Azmi atau lebih dikenali Hazama AF 9 dalam meniti perjalanan kariernya sebagai anak seni.
Setelah gagal dalam percubaan pertamanya untuk mencipta nama menerusi rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) semasa musim keempat, akhirnya kejayaan telah diraih oleh Hazama lima musim selepas itu.
Lebih manis lagi buat penyanyi berkenaan, dia merupakan juara terakhir untuk rancangan tersebut apabila pihak Astro mengambil keputusan untuk menamatkan terus rancangan yang mendapat sambutan hangat penonton serta melahirkan bakat-bakat baharu dalam bidang seni suara.
Bagaimanapun, sebelum menyertai AF tentu ramai yang sudah tahu mengenai Hazama yang pernah menjalinkan kolaborasi bersama kumpulan Meet Uncle Hussein (MUH) untuk mengadakan persembahan bersama mereka.
Ditanya mengenai statusnya sekarang bersama MUH setelah mula bergandingan pada tahun 2009, penyanyi berkenaan memberitahu bahawa dia sebenarnya tidak pernah menjadi vokalis tetap untuk kumpulan tersebut.
“Apa yang boleh saya beritahu sepanjang dua tahun bersama mereka, memang status saya adalah sebagai vokalis sementara untuk MUH. Ketika mula-mula mereka memberi tawaran dahulu, saya telah diberitahu tentang status saya itu.
“Lagipun saya sendiri tidak kisah sangat tentang perkara tersebut. Selain tampil membuat persembahan bersama, kerjasama antara saya dan mereka juga adalah berdasarkan kepada projek khas," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video berjudul Simetri baru-baru ini.
Berkenaan dengan projek khas bersama MUH, Hazama menjelaskan mereka sudah bekerjasama menghasilkan dua buah single yang berjudul Ya Habibi Ali Baba dan yang terbaharu menerusi lagu berjudul Pokok.
Biarpun kerjasama di antara dia dan MUH sudah agak lama terjalin, namun penyanyi berkenaan mengakui sehingga kini dia memang tidak pernah ditawarkan untuk menjadi vokalis tetap kumpulan tersebut.
“Memang saya tidak kisah sangat kerana kerjaya saya sebagai penyanyi solo sudah pun bermula. Namun, terus terang saya katakan yang sebenarnya jiwa saya lebih terarah untuk menyanyi dengan band.
“Bukan saya tidak gemar atau kurang selesa menyanyi secara solo, tetapi saya lebih mendapat kepuasan kalau menyanyi bersama band dan itulah yang saya dapat rasakan semasa mengadakan persembahan bersama MUH,” jelasnya.
Menurutnya lagi, dia telah memasang impian untuk membentuk sebuah band dan perkara tersebut telahpun dinyatakan kepada pihak pengurusannya iaitu Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB).
Ujarnya, buat masa ini dia akan memberi sepenuh tumpuan dan komitmen terhadap kerjaya solonya terlebih dahulu memandangkan jadual kerjaya seninya sekarang yang agak padat.
“Perkara ini sudah saya nyatakan kepada pihak pengurusan dan ternyata memang mereka agak berminat memandangkan masih belum ada lagi sebuah band yang bernaung di bawah pengurusan AESB,” ujarnya.
Jadual padat
Berbanding dengan kebanyakan bekas juara AF yang lain sebelum ini, Hazama dilihat antara juara realiti rancangan tersebut yang kurang menyerlah dan seolah-olah perjalanan kariernya bergerak agak perlahan.
Namun begitu, penyanyi berkenaan memberitahu sejak menamatkan saingan dengan merangkul gelaran juara AF 9 pada bulan Jun lalu, jadual hariannya sebagai anak seni memang agak padat.
“Mungkin orang jarang melihat kemunculan saya sama ada di media cetak atau elektronik sehingga membuat tanggapan perjalanan karier seni saya seperti tidak berkembang berbanding juara-juara AF sebelum ini.
“Sedangkan jadual seni saya boleh dikatakan agak padat, cuma saya banyak terbabit dengan kerja-kerja di dalam studio seperti rakaman dan lebih gemar tampil di media kalau saya ada menghasilkan produk terkini seperti pembikinan muzik video Simetri ini,” jelasnya.
Ujarnya, dalam tempoh lima bulan selepas berakhirnya AF dia sebenarnya banyak terbabit dengan pelbagai acara di merata tempat di seluruh negara, tetapi acara yang tidak mendapat publisiti media.
Luah Hazama: “Secara jujurnya saya tetap gembira walaupun terbabit dalam acara yang tidak mendapat sebarang publisiti. Bagi saya apa yang lebih penting dapat mendekatkan diri dengan peminat-peminat saya.”
Berlakon
Walaupun kini dia sedang mula mencipta nama di pentas nyanyian, siapa sangka penyanyi berusia 29 tahun ini sebenarnya turut memendam impian untuk bergelar sebagai seorang pelakon.
Menurut Hazama, dia sudah pun ada menerima tawaran daripada sebuah syarikat untuk berlakon filem. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut kerana buat masa ini ia masih lagi di peringkat perbincangan.
“Memang tumpuan saya sekarang adalah lebih terarah kepada bidang nyanyian, tetapi tidak salah rasanya kalau mencuba satu bidang seni yang lain seperti lakonan kerana saya juga minat berlakon.
“Sebenarnya saya ini jenis yang tidak suka melepaskan peluang yang sudah terbentang luas di depan mata. Lagipun kalau saya menolak tawaran yang diberikan seolah-olah saya telah menolak rezeki,” ujarnya.
Jelasnya lagi, dia berharap agar impiannya untuk tampil di layar perak dapat direalisasikan dan menyasarkan untuk berlakon sekurang-kurangnya sebuah filem pada tahun hadapan.
Ditanya tentang genre filem yang disukainya, penyanyi tersebut menjelaskan dia gemar untuk berlakon dalam filem yang memberikan mesej yang positif kepada penonton dan kisah yang memaparkan kehidupan seorang individu seperti Forest Gump.
“Saya sendiri tak kisah untuk berlakon dalam apa sahaja genre, tetapi seboleh-bolehnya saya memang mahu mengelak untuk berlakon dalam filem hantu kerana saya tidak suka genre itu,” jelasnya.
sumber dari berita kosmo.
gagal sekali bukan gagal selama-lamanya.....
Tuesday, 8 November 2011
kejayan?
beruntung nya jika kita berjaya dalam hidup ini kan...persoalan nya sekarang.adakah kita boleh berjaya atau tidak.?kita di lahirkan di dunia ini bukan untuk gagal akan tetap untuk berjaya.untuk berjaya dalam hidup ini bukan perkara yang susah dan mustial.ia memerlukan usaha yang bersunggu-sunggu,keazaman yang tinggi.matlamat yang jelas,cara untuk mencapai kejayan dan yang paling penting sekali adalah doa kita ke padanya..kepadanya kita berdoa,dia lah yang memberikan kita sesuatu yang kita hajatkan..jika kita gagal dalam sesuatu perkara.itu tandanya kita sudah berjaya,berjaya bermaksud di sini adalah.berjaya berhadapan dengan kegagalan..jika kita takut berhadapan dengan kegagalan.itu ertinya kita tidak akan berjaya,sesuatu kejaya itu di hasilkan,perlu diiringkan dengan kegagalan dahulu.jika kita berfikir bahawa orang yang sering gagal itu adalah orang yang bodoh.kita telah membuat tafsiran yang salah,sebab di dunia ini.tiada sesorang yang di lahirkan bodoh.ingat lah kita manusia adalah sebaik-baik makluk di muka bumi ini..jelas di sini.kita sebaik-baik makluk di lahrikan di dunia ini.sesorang yang sering gagal bukan berertinya bodoh.tetapi kurang usahanya...jangan sesakali menganggap sesorang yang sering gagal itu adalh bodoh...bermula dengan kegagalan berakhir dengan kejayan.kejaya itu bermula dengan langkah pertama.dah berterusan dengan langkah seterusnya...
ingatlah sesuatu kejaya itu pasti membuatkan kita gembira.jangan biarkan ibubpa kita menangis sebab kita gagal...tetapi biarkan ibubapa kita menangis sebab kejayan kita.....
ingatlah sesuatu kejaya itu pasti membuatkan kita gembira.jangan biarkan ibubpa kita menangis sebab kita gagal...tetapi biarkan ibubapa kita menangis sebab kejayan kita.....
Saturday, 5 November 2011
kata hati
"Perancangan
yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda
mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan
teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat"
Subscribe to:
Posts (Atom)