Saturday 26 April 2014

Itu ujian dari Allah s.w.t jangan sekali salahkan takdir

Malang itu tidak berbau, kalau malang itu dapat di hidu oleh kita mana mungkin kita mahu bersama dengan namanya malang itu.itulah kehidupan yang kita tidak tahu apa yang terjadi dengan kita.adakah kita tahu sejam kemudian apa yang terjadi pada diri kita.itu semua rahsia dunia yang mana mungkin kita tahu.
Semua yang bakal terjadi pada kita sudah dirancang oleh Allah s.w.t ..inilah laluan kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini.mana mungkin Allah S.w.t nak bagi free hidup dalam dunia ini, sudah tentu ada dugaan dan cabaran yang kita mesti lalui.
Setiap musibah yang kita hadapi ada hikmah masing-masing.yakinlah itu adalah kehendaknya..

Berbalik cerita malang ini….bulan ini bermacam-macam nasib tidak baik saya dapat bermula dengan motor saya rosak sehingga helmat motor saya kena curi sehingga saya kemalangan motor.habis muka,tangan dan kaki saya luka.padanya mulanya saya bertanya mengapa semuanya terjadi tetapi dalam saya nak salahkan takdir lebih baik saya berfikir postiif.semua ini tarjadi atas ujian Allah s.w.t  sebab selama saya hidup sudah banyak saya abaikannya dan dosa yag saya lakukan terlalu banyak.mungkin disebabkan musibah yang saya terima ini akan dapat memberi peringatan kepada saya agar sentiasa menjadi umat yang baik dan perpegang teguh dengan ajaran isalam.saya anggap semua ini terjadi adalah dugaan dan ujian kepada saya.

Sekali sahaja dari saya tak ada idea nak kongis kepada kamu orang cukup sampai di sini kita bersama kalau ada masa dan idea yang menari kita ketemu lagi

Saya budak baru belajar kalah salah tolong ajarakan saya

By sharwin iskandar

Wednesday 2 April 2014

Perubahan itu perlu dicari by sharwin iskandar

 Assalamulaikum berbuka biacara.sekadar perkongsian untuk kita semua 

Bagaimana nanti kalau kita sudah tiada lagi.apakah sumbangan kita terhadap diri sendiri dan orang lain. Pernah kita terfikir tentang hal ini.jika pernah syukur Alhamdulillah,kita masih diberi kesedaran dalam diri ini.jika tidak pernah bagaimana.di saat ini mari kita berfikir untuk apa kita hidup ?
Pernah seorang bertanya kepada saya mengapa seorang itu boleh berubah ? saya bertanyah kembali kepada nya.jawapnya itu ada pada diri kita sendiri.

ini menjadi artikal saya kali ini.tujuan kita hidup ini bagaimana ya ? saya suka bertanya kepada diri sendiri.soalan-soalan sebegini mesti ada dalam kehidupan kita mengapa,kenapa di mana bagaimana.persoalan itulah menjadi titik tolak sebuah kehidupan untuk kita mengubah setiap arah yang tersalah dari paksinya.dengan soalan ini kita akan  cuba mencari jawapan yang sudah pasti kita temui jika kita menerokanya di setiap lorong-lorong kehidupan.yang pastinya setiap persoalan itu di jawapan dengan setiap jawapan.

Mari kita melihat diri ini dihadapan cermin.sudah pasti ada sahaja benda kita tidak puas hati.walaupun di mata orang lain kita sudah cukup cantik.tetapi di mata diri sendiri masih ada lagi kekurangan.itu adalah  realiti  kehendak manusia yang tidak terhad.terlalu banyak kinginan membuat kita banyak pilihan.begitulah juga kehidupan.kita harus memilih untuk hidup yang lebih baik daripda sekarang. Bukan tidak tahu bersyukur Cuma nak pastikan setiap nikmat Allah s.w.t bagi dengan kita,kita perolehikan dengan rasa kesyukuran.jika hari ini kita dapat RM10 ringgt adakah sudah cukup bagi kita.tipulah kalau kita cakap cukup. ikut nafsa nanti kita akan rugi.ya betul saya setuju.cuma dalah hidup ini kita kena bijak dalam menyelam sedalam-dalam nikmat sang pencita dunia ini.carilah ilmu sampai ke Negara cina.itulah yang saya maksudkan,sejak kita lahir lagi  kita sudah mencari ilmu. Bagaimana kita cuba merangkah,sampai pandai berjalan sampai pandai bercakap sehingga sekarang. Itu semua ilmu yang kita pelajari dari seorang ibu dan ayah kita. Terima kasih ibu dan ayah

Sampai bila kita duduk sambil berangan-angan untuk memiliki sebuah kehidupan yang baik.  Jangan kerap kali berangan-angan dalam hidup ini .tidak baik. Tanpa dengan tindakan mana mungkin kita akan dapat mengubah diri ini. Rezeki tidak akan dekati kita tanpa berusaha untuk mencarinya.siapa yang berpandapat hidup ini mudah.bagi saya hidup di dunia ini paling susah.bagaimana kita hidup akan menentukan bagaiaman kita menjalankan kehidupan ini.jika kita bijak dalam hidup maka sudah tentu kehidupan kita akan terjamin di masa akan datang.

Jika hari ini kita tiada apa-apa.adakah kita mahu hari esok  cerita yang sama kita perolehi. Jangan sehingga orang  lain menganggap kita tiada usaha untuk mengubah diri ini. Rugilah kehidupan jika tiada apa-apa yang kita sumbangan selama mana kita hidup. Untuk tiadak sia-siakan kehidupan ini,mari kita manfaatkan dan hargailah setiap nafas  yang Allah s.w.t pinjamkan dengan kita ini agar jika kita sudah tiada lagi.kehidupan kita tiadalah hanya sia-sia sahaja.


Marilah kita sama-sama berfikir.hidup ini bukan hanya suka-suka.tetapi hidup ini punya dengan tujuan.tujuannya hanya satu.nikmatilah hidup ini dengan rasa bersyukur dan tidak sia-siakannya.

yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang tidak baik datangnya dari diri sendiri. akhir kata saya..saya budak baru belajar itulah saya ingini berubah

Tuesday 1 April 2014

Saya terima setiap teguran By sharwin iskandar

Siapa yang menentukkan kesalahan kita kalau bukan rakan kita kan.mereka dapat melihat setiap kesalahan kita dan merekalah yang wajar menegur kita.untuk berhijrah menjadi insan yang baik kena terima setiap teguran yang membina dan juga kadang-kadang teguran itu agak keterlaluan.tetapi setiap teguran itu membina kita  


Teguran itu bagaimana ya ?selalu terjadi jika ada seorang yang menegur kita,ada kalahnya kita marah ada kalahnya kita tidak marah.begitulah manusia yang mempunyai sifat ketidakkpastinnya.keliru bagaimana kehidupan yang diinginkan.sering diberi peringatan kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan yang lain.setiap teguran itu membina  diri  bukan menjatuhkan diri kita.tiada di dunia ini jika ditegur makan kehidupannya akan gelap.belum pernah terjadi lagi.terpulang kepada diri sendiri mahu terima atau tidak..tetapi apa yang penting dengar dahulu baru kita pertimbangkan bagaimana kita kena terima setiap teguran itu. Sama ada sebaiknya.
Bahkan teguran ini tidak mengira usia.yang tua diwajibkan menegur budak-budak jika mereka membuat salah manakalah yang mudah boleh menegur yang tua jika yang tua ini berbuat salah.itulah teguran tidak kisah siapa kita.jika kita berbuat salah.kita diwajibkan ditegur.




Untuk membina jati diri yang tinggi perkara yang paling penting adalah bagaimana kita membina minda kita.sejak kecil lagi kita dilahirkan di dunia ini adalah seorang yang cemerlang.tidak perlu dirumusakan lagi kenapa kita cemerlang.semua orang tahu.untuk membina jati diri yang tinggi perlu dari minda yang dipupuk dari kalangan didikan yang terbaik.sebab itulah permulan penulisan saya.saya tekankan teguran itu bagaimana ya ? adakahkah baik atau sebaliknya.ada banyak cara bagaiman membina jati diri yang tinggi tapi penulisan saya kali ini lebih menekankan “teguran” kenapa teguran kerana sebuah yang bermula dari kesalahan akan diperbetulkan dari setiap teguran.setuju atau tidak terpulang kepada kita.tepuk dada Tanya iman.hanya iman kita yang mempu memestikan yang mana betul yang mana salah.


Kita kena terima setiap teguran
Pernahkah anda menonton AF ,raja lawak,maharaja lawak.atau rancangan-rancangan sama waktu dengannya.sudah semestina kita pernah menonton semua rancang di atas.rancangan-rancangan di atas adalah bagi saya adalah yang baik.kita ambil pandangan yang positif di mana semua perserta rancangan ini bermula dari zero (0). mereka boleh di kategorikan 2 golongan.ada bakat atau tiada.disebabkan nasib mereka baik maka mereka terpilih untuk menyerta dalam program ini..setiap minggu mereka akan membuat persembahan,memikat hati penonton dan pengundi dan pengkritik. Apa yang menarik dalam program ini adalah selepas membuat persembahan  mereka akan dikiritik oleh pengkiritik. Mereka akan ditegur mana kesilapan dalam membuat persembahan.bermacam-macam benda mereka akan ditegur.pernahkah kita terfikir adakah mereka marah setiap teguran yang dibuat oleh pengkiritik ?
Apa yang kita dapat tahu teguran yang dibuat oleh pengkiritik sudah banyak mengubah kehidupan mereka.daripada mereka tidak kenal identity mereka sehingga mereka kenal identiti mereka.itlah betapa pentingnya dalam menerima teguran yang diberikan kepada kita.
Tetapi sayangnya sekarang ini.kita seakan-akan tidak mahu ditegur.bahkan kita menanggap diri ini sudah cukup sempurna,cukup baik.cukup pandai.itulah kita,kita seakan lupa diri di mana kita sekarang ini.adakah kita di paksi yang betul atau tidak.kalau di paksi yang salah kita kena terima teguran barulah kita akan memperbetulkan paksi kehidupan ini.


Teguran itu tidak kira siapa kita.kalau ustaz sekali pun berbuat salah kita kena tegur.berani kerana benar takut kerana salah.jangan disebabkan dia ustaz kita tidak boleh tegur tetapi biar kena dengan tempatnya.tidak salah jika kita berkata “ustaz salah tu.bukan begitu tetapi begini”kan elok  bahasa yang digunakan itu biar beradap jangan biadap.
Tidak kiri siapa kita sekarang.berjaya atau sedang menuju ke arah kejayaan itu, kita  tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan untuk menyedarkan diri ini maka seharusnya teguran dan kritikan itu ibarat  rakan kita.terima lah teguran wahai rakan-rakan sekalian jika kita ingin mengubah diri ini tak  kan kita sendiri tegur diri ini sedangkan kita ini kadang-kadang tidak tahu di mana silapnya diri ini.

Sekian sahaja artikal saya kali ini mana yang baik datang dari sang pencipta dunia ini mana yang salah dari  diri saya sendiri.saya budak baru belajar kalau salah tolong tegurkan

Assalamulaikum

Sharwin iskandar

Saturday 29 March 2014

Masalah oh Masalah by sharwin iskandar

Mengapa kita perlu lari dari setiap masalah yang datang.sejau mana juga kita lari mampukah kita lupakan segala maslah itu ? dan mampukah kita bertahan sampai bila kita lari dari menyelesaikan setiap masalah.jangan jadi pengecut jika dijemput oleh masalah.jangan jadi lemah jika  di datangai  dengan masalah.jadikah teman untuk mendorong kita menjadi insan yang bertangungjawap.insan yang tabah dalam berhadapan setiap masalah,.dan apa yang penting dalam berhadapan setiap masalah ini adalah kita akan melatih diri menjadi pemimpian untuk diri sendiri dan keluarga suatu hari nanti.jangan cuba takut berteman dengan masalah.

Ramai di luar sana akan takut dijemput oleh masalah.mengapa perlu takut.sedangkan setiap masalah itu datangnya dari Allah s.w.t. dia nak kita tahu bahawa dia masih sayang kita. Allah s.w.t rindukan tangisan kita,rindukan sujud kita yang mungkin jarang-jangan kita tunaikan sebagai umat nya.bersyukurlah jika hari ini kita dijemput oleh musibah.kerana ini semua sudah dirancang olehnya dan yakinlah bahawa pasti ada hikmahnya. Saya sendiri jika berhadapan dengan musibah akan menjadi lemah.sering bertanya pada diri sendiri.mengapa ini semua terjadi?.mengapa ini semua berlaku ? persoalan sebegini akan terlintas di kota permikiran . kita jangan pernah salahkan takdir jika kita dilanda musibah.mungkin selama kita hidup ini banyak dosa yang kita lakukan.sama ada kita sedar atu tidak itu adalah perjalanan kehidupan kita masing-masing.hanya kita dan Allah s.w.t yang tahu.saya yakin setiap musibah yang menimpah diri kita itu adalah peringatan untuk kita agar tidak mengulangi kesalahan yang lalu.tetapi sayangnya kita ini.sering lupa diri,sering hanyut hasutan-hasutan syaitan.itulah kita,tidak pernah sedar dah untung akan nikmat dunia.terlalu mengikut nafsu,akhirnya memusnahkan diri sendiri.

Senyumlah dalam apa juga keadaan.mungkin ramai rakan-rakan kita tidak akan  faham mengapa kita berbuat sebegitu.sedangakan kita sedang berhadapan dengan masalah yang kita mungkin tak pasti sama ada kita mampu menyelesaikan atau tidak.ingat setiap masalah yang datang sudah pasti ada jalan untuk menyelesaikannya.tiada masalah di dunia ini tiada ada jalan penyelesaian kecuali meninggal dunia. Jadi mengapa perlu berputus asa.cuba sehabis mungkin dalam menyelesaikan setiap maslah itu.saya yakin dan pasti kalau kita sudah berusaha.pasti ada keberhasilannya.yakinlah.

lebih baik sujud kepada Allah s.w.t daripada kita mengadu kepada laman social seperti fb
Ini adalah reality kehidupan kita sekarang.mengapa dan kenapa kita utamakan laman social daripada sang pencipta kita Allah s.w.t. Allah s.w.t turunkan setiap masalah dan musibah itu adalah bertujuan dia nak kita ingat yang kita adalah hambanya.kita seharusnya bersujud kepadanya bukan  setiap kali ada musibah.tetapi setiap hari..mengapa kita sering lupa yang kita ini adalah umat akhir zaman.jangan perna sekali lupa, kita adalah umatnya.utamakan dia dalam apa juga keadan.tetapi ini tidak.setiap kali kita ada masalah.dia mana kita mengadu? Lama social tempatnya bukan. Sayanglah kehidupan ini jika di sia-siakan hany menghabiskan masa di laman sosial.tetapi meluangkan masa bersama sang pencipta Allah s.w.t agak paya.marilah kita berfikir dengan sematang-matangnya adakah kita hidup ini untuk hidup sahaja? Adakah kita hidup ini hanya suka-suka sahaja.apakah matlamat kita hidup di dunia ini ? dan pernahkah kita terfikir bagaiman pula keadaan kita meninggal dunia nanti.adakah berkesudahan baik atau sebaliknya. Ini semua pernah kita terfikir.kalau pernah.Syukur Alhamdulillah kita masih berpulang untuk berubah dari diri kita sekarang ini.
Luangkan masa untuk bersama dengan sang pencipta Allah s.w.t.bukan menghabisakan masa bersama dengan Laman sosial.sayang sekali setiap kali kita dilanda musibah.benda pertama kita lakukan mengadu pada fb.adakah rakan-rakan fb kita mampu menyelesaikan masalah kita.mungkin ada yang membantu hanya sekadar memberi  kata-kata semangat.memberi cadangan atau sebagainya.tetapi adakah dengan kata-kata semangat itu boleh menyelesaiakn masalah kita.bagi saya tidak semestinya tepi kita patut berterima kasih kepda mereka,kerana mereka masih mahu bersama dengan ita dikalah kita berhadapan dengan masalah.tetapi sebaiknya kita mengadu dengan  Allah s.w.t.  Insya Allah dia akan membantu kita untuk menyelesaikannya.

pilihan di tangan kita sekarang ini.memilih atau dipilih.sama ada kita mahu atau tidak.kita perlu menyelesaikan apa juga masalah kerana mahukah kita hidup dengan bertemankan masalah.kehidupan yang selesan itu adalah bebas daripada masalah.jadi mari kita bijak memilih di manan laluan kita untuk menyelesaikan setiap masalah

seberat mana juga masalah itu.ianya akan menjadi ringan jika kita bijak dalam menyelesaikan setiap masalah itu.ingat semua manusia ada masalah tak kira orang itu kaya atau miskin semua ada masalah.jadi jangan give up ok




Jadi di sini kita memilih lari daripada masalah atau kejar bagaimana menyelesaikan masalah tersebaut.pilihan ada ditangan kita semua tepuk dada tanya iman.sudah semestinya kita memilih untuk kejar bagaimana menyelesaikan masalah tersebut.









Akhir sekali jika kita berjaya menyelesaikan maslah tersebuat.bebanan yang kita tanggung dalam mana kita ada masalah akan dilepaskan dan apa yang penting kehidupan akan menjadi indah sebab kita berjaya melepaskan maslah itu dengan bijak

Dengan selesai masalah tersebuat.kita sudah belajar 1 proses pemelajaran bagai mana untuk berhadapan dalam apa juga keadaan.





Daripada dia kita datang dengan dia juga kita embali

Akhirkata dari saya Assalamulaikum yang baik datang dari Allah s.w.t yang kurang baik datang dari diri sendiri.
Enter ini bukan untuk siapa siapa tetapi untuk diri sendiri sebagai peringatan kepada kehidupan yang akan datang 

Siapa diri ini ? adakah kita kenal atau tidak.

Kenali diri sendiri baru kenali diri orang lain.itu yang menjadi peringatan kepada mereka yang suka ambil tahu kehidupan orang lain.mengapa ada sesetangah mereka di luar sana sangat ingin ambil tahu kehidupan jiran jiran atau orang lain.ini menjadi persoalan sekarang mengapa ? dan kenapa ianya terjadi.persoalan ini wujud sekian lama lagi tetapi belum ada jawapan yang wajar diterima oleh akal.setiap persoalan itu wujud sudah pasti ada jawapanya.rasa tidak adil kalau saya sendiri katakana hanya sesetengah sahaja tetapi semua termasuk saya sendiri. Adakah ini yang kita mahukan hamper.setiap hari kita bercerita tentang orang lain.perkara yang sia-sia sahaja.bukankah kita sudah ada kehidupan sendiri adakah tidak cukup lagi kehidupan yang diberikan olehnya kepada kita.mengapa lagi kita suka sangat ambil tahu kehidupan orang lain.rasanya kita  kurang bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. 

Tidak salah ambil tahu kehidupan orang lain jika niat kita itu baik kalau tidak.fikir-fikirkan lah apa akibat nya.setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.itu adalah pasti..apa sahaja berlaku dalam hidup ini ada balasa di hari akan datang .jika hari ini kita membuka aib  orang lain suatau hari nanti keburukan kita akan  terbukti juga.marilah kita berfikir bagaiaman kita di masa akan datang adakah berkesudahan baik atau sebaliknya.kalau baik.bersyukurlah kalau tak baik.bagaiaman pula.peringatan kepada diri sendiri itu adalah sangat penting bukan untuk orang lain hanya untuk diri sendiri.

Hidup ini hanya sekali sahaja Mengapa kita sia-siakan kehidupan ini hanya dengan sibukkan diri dengan urusan orang lain.padahal urusan diri sendiri tidak dapat diselesaikan.tidak salah nak tolong tetapi berfikir adakah kita diperlukan atau tidak.kalau diperlukan.kita diharuskan untuk menolong. Apa yang pasti untuk menikmati kehidpan ini adalah dengan  bersyukur pada kehidupan yang kita ada sekarang.apa sahaja kita lakukan utamakan urusan kita baru urusan orang lain.itu adalah pola aturan untuk mengatur setiap urusan kehidupan kita.

bagi saya.untuk kenali diri kita ini caranya apa yang kita cakap itulah kita yang sebenarnya.sebagai contoh jika kita ini suka bercakap hal orang lain itu adalah diri kita yang sebenarnya.perkara ini sukar dibuah..mengapa ? jawapanya ada pada diri sendiri kerana diri kita.hanya kita yang tahu.betul kan.
lain pula kalau kita ini pendiam.jenis orang yang pendiam ini semua orang sedia maklum.tidak suka bercakap..golongan ini hanya bercakap benda yang penting.dengan keyakian saya.dan orang lain.golongan ini tidak suka bercakap hal orang lain..setuju ?.berikut hakikat dalam kehidupan. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan pada diri sendiri. kesimpulannya bagaiman mereka bercakap begitulah kehidupan mereka..mengawal untuk tidak bercakap adalah perkara yang paling sukar dalam hidup.sebab benda sudah menjadi kebiasannya.mungkin ada yang sudah berjaya berubah tetapi ramai yang tidak berjaya untuk mengawal untuk menjadi pendiam.tak jadi masalah kalau kita ini banyak bercakap..sebab ada pentingnya..bayangkan kalau kita ini jenis pendiam.bagaimana kalau kita ke satu tempat.tempat itu kita tak tahu.nak tanya malu pula mana mungkin kita sampai ke tempat itu kalau tak bertanya..fikirkan ini kekuranganya.jangan jadi pendiam macam ini.banyak keburukan daripada kebaikan.jadilah pendiam hanya bercakap benda yang penting,tidak suka mengumpat orang lain.

mengapa kita mendiam adakah malu atau kurang keyakinan untuk menjawap.ini persoalan bukan soalan.
malu adalah sifat semula jadi manusia.semua orang akan ada sifat ini.apa yang membezakannya.bagaiman keadaan kita untuk ada sifat ini. sifat ini kadang-kadang sangat merugikan,sebab kalau kita tidak bertanya adakah kita tahu apa yang kita ingin tahu.itu adalah merugikan. kita wajar malu bila kita dimalukan oleh orang lain tetapi kalau tidak buat apa nak ada malu.so jangan nak malu kalau kita tahu benda itu bagi kita betul.

keyakinan itu amat penting dalam diri masing-masing.saya boleh katakan keyakinan itu akan membawah kita pergi jauh.dengan keyakinan kita akan menentukan di mana kita berada di masa akan datang.kalau benda itu kita rasa betul dan yakin..teruskan sahaja 

sekian sahaja kali ini.bukan nak mengatakan kekurangan orang lain apa lagi nak memperkecilkan kebolehan orang lain tetapi untuk peringatan diri sendiri yang banyak kekurangan.hidup ini hanya sekali sahaja.jika hari ini diri ini membuat salah.dengan rasa rendah diri dan harapan agar hari esok akan diperbetulkan apa kesilapan pada hari ini.hidup ini adalah satu perjuangan.di mana perjuangan itu terlalu paya nak diperjuangkan.dalam perjuangan ini.kita ada tentera kita juga adalah musuh.jika kita silap dalam setiap langkah dan strategi.maka kita akan musnahkan diri sendiri. ya


ng akan menentukan keberhasilan peperangan ini adalah diri sendiri bukan orang lain.

cukup sampi di sini sahaja kali ini.apa yang benar datang dari Allah s.w.t dan apa yang silap itu datang dari diri sendiri..saya ingin mencari jalan bagaimana hidup lebih bermakan.  Insya Allah suatu hari nanti saya akan temui di mana kehidupan yang bermaknan it.sekian sahaja 

Assalamulaikum 
sharwin iskandar 
saya budak baru belajar
kalau salah tolong perbetulkan

Tuesday 25 March 2014

Khas untukmu IBU dan PAPA

syukur Alhamdulillah ke hadrat ilahi dengan izinnya akhirnya saya gradute di politeknik kota kinbalau sabah.ucapan tahniah dari rakan-rakan saya terutama dari orang yang disayang dunia akhirat ibubapa serta para kelurga amat saya hargai.walapaun sekadar ucapan tetapi bagi saya amat besar nilainya.
Semua gardute mesti  akan impiankan hari bersejarah ini hari konvokesyen yang jarang-jarang hadir dalam diri masing-masing.saya melihat pelbagai reakasi wajah-wajah para  mahasiswa dan mahasiswi dan ibubapa mereka, tidak terkata dan terucap bagaimana perasaan mereka ketika hari itu.ada yang menangis dan ada yang senyum yang menandakan betapa mereka puas hasil kejayaan mereka.ini sudah cukup mengambarakan hati kami yang sudah gradate, dapat membalas segala penat lela kami selama ini.dan inilah juga hasilnya selama 3 tahun lebih kami bertungukus lumus mengahabisakan masa untuk memerah otak…akhirnya kami gradute juga.syukur Alhamdulillah

Diploma bukan untuk kami sahaja tetapi untuk ibubapa kami
Tak kisah apa orang cakap.keputusa kami cukup-cukup makan sahaja,asalkan lulus sahaja apa kah.janji apa yang kami dapat hari ini sudah cukup untuk diri sendiri dan ibubapa serta keluarga yang banyak memberi dorangan dan pengorabanan kepada kami.ini khas kepada ibubapa kami.diploma ini belum cukup untuk membalas setiap titisan keringat yang jatuh setiap kali mereka memberikan kami kehidupan yang lebih baik.titisan itulah juga yang membesarkan kami.titisan itulah juga yang membawah kami melihat kedunia titisan itulahjuga yang selama ini memberikan kami terus bernafas.titisan itulah juga membesarka kami.titisan itulah juga yang memestikan kami  hidup lebih selesa.tanpa mereka siapalah kami terima kasih ibu dan bapa.
Diploma ini khas untuk ibubapa kami.hanya ini mampu kami persembahakan kepada mereka.kami begitu gembira melihat ibubapa kami senyum yang sudah tentu gembira melihat kejayaan kami.agak susah nak diungkapkan dengan kata-kata bagaimana perasaan mereka ketika itu.

Terima kasih mama dan bapa hanya ini yang kami mampu berikan.

Terima kasih ibu dan bapa
Tanpa mereka siapalah kami
Tanpa mereka mana mungkin kita melihat dunia
Tanpa mereka mana mungkin kita mengenal kehidupan


Keringat mereka seribu makna
Keringat mereka berjuta harapan
Keringat mereka mana mungkin terbalas dak kita
Keringat mereka kehidup anak-anak mereka
Keringat mereka nyawa mereka
Keringat mereka nyawa anak-anak
Terima kasih  ibupapa

Titisan keringat itulah harapan buat kami
Titisan keringat itulah memberikan kasih sayang kepada kami
Titisan keringat itulah menerangkan kehiduapn kami
Titisan keringat itulah memberi kami kesempurana dalam hidup
Titisan keringat itulah membesarkan kami
Titisan keringat itulah syuraga dunia kami
Titisan keringat itulah tak mampu kami balas.
Terima kasih ibu dan ayah 

Kami anak tak mampu membalas setiap pengorbanan yang selama ini kamu berikan kepada kami.
Sejak pertama kali kami jejaki kaki di pkk seribu harapan yang kami pikul.harapan ibubapa kami terlalu tinggi terhdapa kami.sudah semestinya mereka ingin melihat kami Berjaya di sana..harapan mereka selama ini kami tunjuk kan pada hari ini..terima kasih atas semua pengorbanan yang mereka berikan kepada kami…






Untuk mu kami persambahakan
Untukmu kami hadiahkan
Diploma yang tidak sebarapa
Yang tidak tinggi nilainya
Kami harap mereka gembira
Kami harap mereka senyum
Kami harap mereka bangga
Inilah kejayaan sang anak di sana
Sudah terjawap persoalan di minda
Akhirnya kami banggakan mereka
Dengan kejayaan kami sajikan
Harap mereka sentasa berdoa

Tanpa doa kami tak kemana


tanggal 22.3.2014 ini menjadi titik pengakhiran kehidupan kami di bilik kuliah bilik kamsis pkk segala kenangan di pkk akhirnya kami jadikan sejarah dalam kehidupan sepanjang menjadi mahasiswa dan mahasiswi di pkk sabah ,saya melihat ibu dan ayah sudah cukup gembira melihat kejayaan yang tidak seberapa.akhirnya setiap doa,usaha,pengorbanan mereka selama ini akhirnya berhasil juga.tidak lupa juga saya mengucapkan rakan-rakan di pkk yang selama ini banyak membantu saya..da pensyarah-pensyarah di pkk yang banyak memberi ilmu kepada kami...mereka adalah pendidik yang mendidik kami sehingga berjaya terima kasih banyak-banyak..di harap kami dapat membalas budi baik mereka di sana.

akhir kata dari saya.
terima kasih kamu pohonkan 
kepada mereka yang disana
tanpa mereka siapalah kami
sekian sahaja perkongsian saya kali ini


konvokesyen politeknik kota kinabalu sabah kali ke18.

bersama keluarga yang tercinta.ini wajah insan yang banyak memberi dorongan dan kasih sayang.tanpa mereka saya tak kan ada di sini juga terima kasih semua
bersama ibu yang tercinta yang selama ini banyak berkorban dengan kami semua.terima kasih mama
with bapa..yang selama ini marah-marah suruh belajar...tanpa bapa.mana mungkin dapat pendidikan yang bagus.terima kasih mybig bos..pengorbanan nya tak terhitung dan tak terbalas oleh kami 5 adik beradik.
saya lah anak yang banyak bermasalah. hari ini saya buktikan kepada mereka di luar sana yang selama ini suka mengatakan kami tidak layak untuk diperkatakan sebegitu lagi. Insya Allah suatau hari nanti saya ingin mengubah kehidupan kami lebih baik dari sekarang bukan nak tunjukkan atau bangga diri tetapi sekadar luahan hati.











bersama abang yang selama banyak membantu saya di pkk..terima kasih bro
















 bersama adik tersayang.banyak membantu...:)
 bersama macik yang banyak memberi nasihat dan dorongan kepada saya..terima kasih macik


bersama kak yang banyak membantu..memberi nasihat dan dorongan...terima kasih kak
















kawan adik terima kasih bro..sudi datang :)
insan yang kami sayang dunia akhirat kami..terima kasih banyak-banyak walaupun kami tidak menjadi anak yang baik tetapi kami akan cuba menjadi yang terbaik di kalangan yang baik..
untukmu ibu dan papaku


saya budak baru belajar kalah salah tolong ajar ya
ikhlas dari saya

Assalamulaikum w.b.t

Monday 17 March 2014

Jika cari MH370 begini, pasti saya tidak peluk Islam, kata Ridhuan Tee

Pendakwah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah hari ini menyifatkan perlakukan raja bomoh dalam usahanya mencari pesawat hilang Malaysia Airlines MH370 hanya akan lebih menyesatkan umat Islam jika ada yang terpedaya dengan upacara ritualnya itu.
Beliau berkata, jika upacara sedemikian berlaku ketika zamannya hendak memeluk Islam suatu masa dahulu pasti hajatnya itu tidak kesampaian.
"Kebimbangan saya, jika ditakdirkan bomoh itulah yang menjumpai MH370 itu nanti, semakin ramailah umat Islam yang akan percayai kepada bomoh daripada menumpahkan ketaatan kepada Allah.
"Jika ditakdirkan saya melihat perbuatan umat Islam dalam mencari MH370 sebegini, sudah tentu saya tidak jadi memeluk Islam," katanya menerusi satu artikel dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Ibrahim Mat Zin atau juga dikenali sebagai raja bomoh datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dua kali sepanjang minggu lalu bagi mengadakan upacara ritual untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak dua minggu lalu.
Dia yang pada mulanya mengaku diupah oleh orang kenamaan mengubah kenyataannya mendakwa upacara itu dilakukan atas inisiatifnya sendiri.
Ridhuan berkata, umat Islam sewajarnya perlu melihat apa yang terkandung dalam ajaran agama Islam itu sendiri berbanding melihat perlakuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, dalam pencarian MH370, umat Islam digalakkan berserah kepada Allah kerana Dialah yang lebih mengetahui hikmah di sebalik semua kejadian ini.
"Ketika saya memeluk Islam dahulu pun, saya mengkaji Islam dan mendalami Islam. Sebagai umat Islam, segala tindak-tanduk kita mestilah berteraskan kepada Al-Quran dan sunnah.
"Apa jua perbuatan yang bercanggah, hendaklah ditolak kerana boleh menjejaskan akidah. Ingin saya jelaskan, perbuatan berbomoh seperti dilakukan ini bukan daripada ajaran Islam, meskipun ada yang mendakwa ia mengikut kaedah Islam," katanya.
Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu berkata, apa yang dilakukan oleh bomoh itu bukan sahaja mengundang keaiban yamg besar kepada Malaysia malah negara menjadi bahan ketawa.
Katanya, jika benar bomoh mahu membantu mencari MH370 dengan 'kesaktiannya' maka ia perlu dilakukan di tempat tertutup supaya tidak menjadi perhatian umum.
"Anak-anak saya yang berada di Iskandariah, Mesir, amat malu dengan kejadian ini. Menggunakan bomoh dan sihir mencari MH370 menjadi bahan ketawa dunia.
"Jika ditanya orang kafir sekalipun, mereka tidak akan mempercayai perkara tersebut. Paling kurang, mereka tampil bermeditasi dan berdoa mengikut cara masing-masing," katanya. - 17 Mac, 2014.

sumber dari yahoo.com