Monday 31 October 2011

Chong Wei bangkit di Paris

JAGUH negara, Lee Chong Wei bangkit daripada kekecewaan di Denmark apabila muncul juara Siri Super Terbuka Perancis selepas menundukkan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-16, 21-11 di Stadium Pierre de Coubertin, Paris, malam tadi.

Selepas tunduk dua kali berturut-turut kepada bintang muda China, Chen Long, Chong Wei menebusnya pada saingan separuh akhir kelmarin dan tampil bersemangat di final untuk membenam Tago dalam tempoh hanya 39 minit.
Ia adalah kejuaraan ketujuh Chong Wei dalam 10 aksi final tahun ini dan kemenangan kali kelapan ke atas buat pemain ranking ke-19 Jepun yang ditewaskan kali terakhir di suku akhir Terbuka Jepun, September lalu.
Dalam laluan ke final, pemain nombor satu dunia berusia 29 tahun itu menewaskan Wan Ho Shon dari Korea Selatan 21-11, 21-11 di suku akhir sebelum melepasi badi ngerinya, Chen Long 23-21, 17-21 dan 21-15 di separuh akhir.

TEKNIK BELAJAR BERKESAN


  1. Recopy                                  [salin semula]
  2. Rework all model 5 x            [buat semula contoh/cepat/5x]  
  3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
  4. Recheck                                [semak semula]
  5. Reasonnablenes                   [jawapan berpatutan/sebaliknya]

  1. s-sumarize         [ringkaskan nota penting]
  2. t-test your self [uji diri anda]
  3. u-use                 [gunakan]
  4. V-visualize         [bayangkan selalu]                                                                                                       

Sharbinee akui lakukan kesilapan

S
SEPERTI mahu bertanggungjawab di atas kegagalan Terengganu menjuarai Piala Malaysia, penjaga gol, Sharbinee Alawee Ramli secara terbuka mengakui kesilapan pada perlawanan akhir kelmarin.
Sambil menjelaskan kesilapan tersebut tidak disengajakan, penjaga gol kebangsaan itu turut meminta maaf kepada semua rakan serta penyokong di atas apa yang telah berlaku.
Pada aksi di Stadium Shah Alam itu, Sharbinee yang memiliki pengalaman luas beraksi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah melakukan kesilapan apabila gagal menangkap kemas hantaran silang pemain Negeri Sembilan, S. Kunanlan pada minit ke-81.
Gol penyamaan itu telah mencetuskan kebangkitan para pemain Negeri Sembilan yang akhirnya berjaya mendapatkan gol kemenangan menerusi Hairuddin Omar pada minit ke-86 untuk muncul juara Piala Malaysia edisi 2011.
“Perlawanan akhir memang sengit dan apa sahaja boleh berlaku. Lagipun, sukar untuk saya kata- kan apa sebenarnya yang berlaku. Saya hanya boleh katakan yang saya tidak bernasib baik dan ia mungkin bukan hari saya.
“Saya juga tahu ramai orang di luar sana yang membenci saya kerana kesilapan itu. Justeru, saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat Terengganu yang mengharapkan kami membawa pulang trofi ini.
“Kami telah melakukan yang terbaik dan tahun ini mungkin bukan rezeki kami,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengga- nu semalam.
Mengulas lanjut mengenai kesi- lapan itu, Sharbinee yang dianggap penjaga gol No. 2 negara sele- pas Khairul Fahmi Che Mat menjelaskan, faktor padang bukanlah punca utama.
Sebaliknya dia mendedahkan, tempoh perlawanan yang cukup genting memberi sedikit tekanan kepadanya sehingga gagal beraksi dengan baik.
“Saya mungkin telah membuat keputusan yang silap sehingga menyebabkan jaringan itu dan ia sesuatu yang sukar untuk saya terima.
“Namun, saya akan jadikan kesilapan ini sebagai satu lagi pengalaman untuk menjadi lebih matang dan lebih berhati-hati pa- da perlawanan akan datang.
“Saya cuma berharap agar para penyokong Terengganu terus berada di belakang pasukan ini dalam misi memburu kejuaraan pada musim depan,” katanya lagi.
Untuk rekod, kekalahan 1-2 Terengganu kepada Negeri Sembilan kelmarin meneruskan kemarau kejuaraan buat skuad Penyu itu selepas kali terakhir muncul juara Piala Malaysia sepuluh tahun lalu.
Satu-satunya kejuaraan yang dimenangi skuad kendalian Irfan Bakti itu adalah dengan muncul juara Piala FA selain menduduki tangga kedua dalam persaingan Liga Super.

Tuesday 25 October 2011

Chen Long pencabar Chong Wei


JIKA sebelum ini Tey Seu Bock menegaskan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei cukup bersedia untuk saingan jelajah Eropah, jurulatih itu kini nampaknya menukar fikiran selepas pemain kendaliannya itu tewas lagi di tangan perseorangan kedua China, Chen Long.
Ketika masa semakin suntuk bagi persiapan pemain negara memastikan misi emas Sukan Olimpik berada di landasan terbaik, kem badminton negara pula kelihatan agak goyah.

Isu prestasi Chong Wei pasti merumitkan meskipun pemain itu masih mengekalkan momentum mara ke final di setiap kejohanan yang disertainya.
Tambahan pula prestasi beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang terus merudum meskipun bertukar jurulatih.

Seu Bock berkata, Chong Wei tertekan pada perlawanan itu dan mengaku prestasi pemain berusia 29 tahun itu agak merosot.

“Nampaknya Chong Wei bermain dalam keadaan tertekan seperti di Jepun,” kata Seu Bock selepas kekalahan Chong Wei kepada Chen Long 15-21, 18-21.
“Chen Long dapat membaca setiap gerakan Chong Wei dan saya tidak nafikan prestasinya menurun.
Namun kenyataan Seu Bock mengenai prestasi Chong Wei yang menurun boleh dikatakan bercanggah dengan polisi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang selama ini kerap melaungkan proses periodisasi yang dirancang Pengarah Prestasi Tinggi Datuk James Selvaraj, iaitu hanya menghantar pemain ke kejohanan tertentu dengan sasaran pemain itu mencapai kemuncak prestasi.

Adakah James tersalah rancang atau tidak wujud lagi terma kerja periodisasi atau juga jurulatih tidak lagi berkomunikasi menghantar laporan prestasi kepada James? Apapun Seu Bock perlu bekerja keras seperti yang diakui beliau sendiri perlu membaiki semula kekurangan Chong Wei demi memastikan Program Road to London tidak tersasar seperti di Beijing 2008.

Chong Wei akan ke Perancis untuk saingan Siri Super Terbuka Perancis minggu ini dan dijangka berdepan Chen Long sekali lagi tetapi kali ini di peringkat separuh akhir. Semoga sedikit sentuhan perubahan yang dilakukan Seu Bock akan berjaya membangkitkan semula Chong Wei daripada igauan kekalahan.

Wednesday 19 October 2011

assalamual aikum....salam pembuka bicara,sukur ke Alah s.w.t  kerana dapat kita meihat kebesarannya lagi,dan dapat kita bernafas lagi.kita sebagai manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapn.baik tanpah kita sedar mahupun tidak,seakan dalam hidup ini kita sering lupa bahwan tangungjawab kita sebagai kalifah Allah di muka bumi ini amat besar tangangjawabnya terhadap Allah s.w.t.tangangjawap yang kita jalankan di dunia ini akan dibawah ke akhirat. nanti.pernah kah kita berfikir,adakah hari esok kita masih lagi bernafas,dan hari akandatang kita masih bernafas.rasanya kita tidak perna kita berfikirkan,kalau pun ada insan lain berfikir,mereka tergolong dari insan-isan yang beruntung,kerana mereka sedar akan kehidupan di bumi hanyalah sementara.manakalah kehidupan di akhirat akan kekal selama-lamanya..kita sebenarnya dalam hidup ini terlalu banyak berlakon.kita ibaratkan dunia ini sebagai pentas utuk kita tunjukan kehebatan masing-masing..biasalha,kita ingin dalam hidup ini di kenali oleh masyarakat luar.tetap perlu kita ingat bahawa.kita ini benar-benar kenal akan diri kita?adakah kah kita insan yang taat dengan Allah kah?adakah kita ini sering melaksanakan suruhanya kah?rasa nya dalam setahu kita perna kah peluk ibupa kita?dan yang paling pentig.pernah kah ibubapa kita menangis sebeb kita berjaya dalam hidup?rasanya semua  persoalan itu layak kah kita jawap?

 kita sebagai manusia perlu ada kesedaraan dalam diri kita.agar kita tahu bahawa di dalam hdup ini tidak semestinya kita berada di atas..suatu hari nanti kita akan jatuh ke bawah juga.di situ lah kita ingat Allah s.w.t.Dan pada masa itu kita akan berfikir kalau lah saya sedar saya tidak akan jad begini....itu lah nama manusia..bagaikan tukul memaku paku..bila terkena baru ternada.....

  Perlu di ingat lagi.dalam hidup kita.jangan sesekali gunakan perkatan KALAU.ini kerana perkatan KALAU akan bawah kita ke kegagalan...kalau lah saya belajar saya tidak akan gagal...semua itu dari perkatan kalau.

ketenangan kita terletak pada diri kita sendiri.                                                                                             jika kita berjaya dalam hidup ini kita akan merasakan ketengan
jika kita berjaya mengembirakan hati ibu bapa,kita akan merasakan ketenangan
jika kita taat kepada ALLAH s.w.t kita akanmerasakan ketenangan
jika kita gagal dalam semua perkara adakah kita merasakan ketenangan dalam hidup ini?

fikirkan2 kan lah..kita da dua perkara dalam hidup ini..
pertama jalam menujuh ke arah kejayan?
kedua jalan menujuh ke arah kegagalan?

pilihan kita terletak di tanagn kita?                                                                                                                                                                                                                                                           
Sharwin iskandar
Sharwin iskandar

Monday 17 October 2011

freedom/kebebasaan: Nasihat untuk remaja

freedom/kebebasaan: Nasihat untuk remaja: kepada adik-adik dan remaja,khususnya mereka yang masih di bangku sekolah,menera gading dan masih perjuang untuk menerusakan kejayan dalam ...

Nasihat untuk remaja

kepada adik-adik dan remaja,khususnya mereka yang masih di bangku sekolah,menera gading dan masih perjuang untuk menerusakan kejayan dalam  hidup,jauhilah maksiat atau apa-apa sahaja perlakuan mungkar kerana semua itu saling membukitjan kepada Allah bahawa kalian berdua amat berani menderhakai kepada Allah.Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta akan tetapi juga pada saling mempercayai sesama sendiri.....jika Allah sudah diingkir,siapa lagikah yang boeh di jadikan tempat meletakkan kepercayaan?dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini,esok dan selamanya...





sekadar renungan bersama

Namaun kehidupan ini tidak seideal yang kita sangka,kita perlu berhadapan dengan persepsi masyarakat.seandainya muda tergugat oleh apa yang difikirkan oleh orang lain maka tentunya  kita akan keletihan menangkis sinis dan sindiran masyarat.


sekadar renungan bersama............

Saturday 15 October 2011

masa itu emas

persepsi masyarakat terhadap masa telah berubah.klu sedekat yang lalu.masyarakat berangapan masa itu emas.alasannya emas merupakan barang yang paling mahal.akan tetapi kesedaran masyarakat kita masih lagi di tahap yang paling rendah.mereka terlalu bermain dengan perkatan MASA.sekarag remaja kini gemar membuang bgtu sahaja masa....kan bagus setiap ali kita ada masa kelapangan.kita isikan masa lapang itu dengan aktiviti yang berguna.

masa itu nyawa................  
kalau masa itu emas masih ada lagi masyarakat tidak hargai...kali ini masa itu nyawa.....mustial kan nyawa nak di sisi2kan....demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian ingat 5 perkara
1.sihat sebelum sakit
2.mudah sebelum tua
3.kaya sebelum miskin
4.lapan sebelum sempit 
5.hidup sebelum mati



ingat sebelum kita ada lagi slepas kita.dan ingat masa itu nyawa.bukan masa itu emas



INGAT SEBELUM PERKERA ITU TERJADI.JANGAN BIARKAN IA TERJADI.MASA AKAN DATANG AKAN KEMBALI.DAN JADIKAN MASA SILAM ITU PENGAJARAN.

BARCLAYS PREMIER LEAGUE

MANCHESTER UNITED vs LIVERPOOL


1-1

Friday 14 October 2011

Bahaya Merokok


Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok.  Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.  Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.  Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. 
 
Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi.  Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal.  Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara.  Jangan lakukan ini pada mereka.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
 
Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda. 
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
    Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda
     
    Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni.  Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.
     
    Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.  
     
    Merokok Mengakibatkan Strok
    • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan.  Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia.  Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
    • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
    • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
    • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
    • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
    Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
    • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
    • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
    • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
    • Bantulah diri anda.
    • Amalkan cara hidup sihat.
    • Jangan merokok.
    Berhenti Merokok
    • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
    • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
    • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
    • Luahkannya dengan cara positif.
    • Bergiat aktif.  Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.  
    • Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
       
      Merokok sememangnya satu tabiat buruk.  Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok.  Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia.  Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.
       
      Sayangkan Jantung Anda
      • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
      • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
      • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
      • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
      • Belajarlah menyayangi jantung anda.
      • Jangan merokok. 
      Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
      • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
      • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
      • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat.  25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
      • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
      • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
      • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
      Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
       
      Asap rokok mengeluarkan hampir  4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru.  Ia merupakan kanser paling kerap  dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali. 
       
      Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
      • Setiap sedutan membawa padah.
      • Kenapa harus meracuni diri?
      • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
      • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
      • Bertindak bijak, jangan merokok.  
        Keluarga Anda dan Orang Tersayang
         
        Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru.  Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka.  Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.
         
        Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.
         
        Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
         
        Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
         
        Bahan kimia dalam rokok
        Sumber bahan kimia
         Metanol  Bahan Api
         Nitrobenzena  Gasolin
         Karbon Monoksida  Asap kereta
         Butana  Cecair pemetik api
         Raksa  Logam dalam jangka suhu
         Vinil Klorida  Bahan utama plastik
         Toulena  Pelarut industri
         Ammonia  Pencuci lantai
         Arsenik  Racun tikus
         Kadmium  Bahan utama bateri alkali
         Stearik  Bahan utama dalam lilin
         Sianida  Racun berbisa

    •  

TERIMA KASIH..SAMA-SAMA

ini yang kita berkatakan sekarang..terima kasih.sama-sama..masih ada lagi yang susah sangat nak ucapkan terima kasih dengan sesorang yang membantu kita...isi yang hangat di perkatakan oleh masyrkat mahupun media mass.kali ini blog saya akan membincangkan isu ini.

kita perlu menerima hakikat bahawa perubahan sikap remaja amat membimbingkan..ini kerana rami remaja masa kini terlau ikutkan  hati...sehingga mereka hanyut di arus era 2020.jiak dahulu remaja begitu berbudi bahasa,malah sikap berterima kasih amat tinggi.merek menganggapkan ucapan terima kasih adalah wajib dilafazakan utk sesorang yang menolong mereka.tapi malangyna ucapan terima kasih pada masa ini tidak terlalu penting..bak kan.ucapan ini hanya di ucapkan pada sesorang yang tinggi kedudukannya...
kita harusalah mengubah ini semua..jangan pula kita dilebalkan oleh masyrkat'orang tak tahu nak ucap terima kasih..sudah di tolg x ucp tq'....bukan semua yang menolang kita 2 mahu kan ucapan ini..tapi sebaik-baik nya   kita ucapa kan..bukan nya susah sangat kan...sekadar tq...dah cukup..oang kata kan..orang yang memberi lebih baik dari orang yang menerima...cukup sampi di sini sahaja pandangan saya terhadap isu ini...jika ada silap dan salah...saya budak baru belajar...kalau salah tlg berbtulkan....salam.....selamat petang semua...