Tuesday 1 April 2014

Saya terima setiap teguran By sharwin iskandar

Siapa yang menentukkan kesalahan kita kalau bukan rakan kita kan.mereka dapat melihat setiap kesalahan kita dan merekalah yang wajar menegur kita.untuk berhijrah menjadi insan yang baik kena terima setiap teguran yang membina dan juga kadang-kadang teguran itu agak keterlaluan.tetapi setiap teguran itu membina kita  


Teguran itu bagaimana ya ?selalu terjadi jika ada seorang yang menegur kita,ada kalahnya kita marah ada kalahnya kita tidak marah.begitulah manusia yang mempunyai sifat ketidakkpastinnya.keliru bagaimana kehidupan yang diinginkan.sering diberi peringatan kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan yang lain.setiap teguran itu membina  diri  bukan menjatuhkan diri kita.tiada di dunia ini jika ditegur makan kehidupannya akan gelap.belum pernah terjadi lagi.terpulang kepada diri sendiri mahu terima atau tidak..tetapi apa yang penting dengar dahulu baru kita pertimbangkan bagaimana kita kena terima setiap teguran itu. Sama ada sebaiknya.
Bahkan teguran ini tidak mengira usia.yang tua diwajibkan menegur budak-budak jika mereka membuat salah manakalah yang mudah boleh menegur yang tua jika yang tua ini berbuat salah.itulah teguran tidak kisah siapa kita.jika kita berbuat salah.kita diwajibkan ditegur.




Untuk membina jati diri yang tinggi perkara yang paling penting adalah bagaimana kita membina minda kita.sejak kecil lagi kita dilahirkan di dunia ini adalah seorang yang cemerlang.tidak perlu dirumusakan lagi kenapa kita cemerlang.semua orang tahu.untuk membina jati diri yang tinggi perlu dari minda yang dipupuk dari kalangan didikan yang terbaik.sebab itulah permulan penulisan saya.saya tekankan teguran itu bagaimana ya ? adakahkah baik atau sebaliknya.ada banyak cara bagaiman membina jati diri yang tinggi tapi penulisan saya kali ini lebih menekankan “teguran” kenapa teguran kerana sebuah yang bermula dari kesalahan akan diperbetulkan dari setiap teguran.setuju atau tidak terpulang kepada kita.tepuk dada Tanya iman.hanya iman kita yang mempu memestikan yang mana betul yang mana salah.


Kita kena terima setiap teguran
Pernahkah anda menonton AF ,raja lawak,maharaja lawak.atau rancangan-rancangan sama waktu dengannya.sudah semestina kita pernah menonton semua rancang di atas.rancangan-rancangan di atas adalah bagi saya adalah yang baik.kita ambil pandangan yang positif di mana semua perserta rancangan ini bermula dari zero (0). mereka boleh di kategorikan 2 golongan.ada bakat atau tiada.disebabkan nasib mereka baik maka mereka terpilih untuk menyerta dalam program ini..setiap minggu mereka akan membuat persembahan,memikat hati penonton dan pengundi dan pengkritik. Apa yang menarik dalam program ini adalah selepas membuat persembahan  mereka akan dikiritik oleh pengkiritik. Mereka akan ditegur mana kesilapan dalam membuat persembahan.bermacam-macam benda mereka akan ditegur.pernahkah kita terfikir adakah mereka marah setiap teguran yang dibuat oleh pengkiritik ?
Apa yang kita dapat tahu teguran yang dibuat oleh pengkiritik sudah banyak mengubah kehidupan mereka.daripada mereka tidak kenal identity mereka sehingga mereka kenal identiti mereka.itlah betapa pentingnya dalam menerima teguran yang diberikan kepada kita.
Tetapi sayangnya sekarang ini.kita seakan-akan tidak mahu ditegur.bahkan kita menanggap diri ini sudah cukup sempurna,cukup baik.cukup pandai.itulah kita,kita seakan lupa diri di mana kita sekarang ini.adakah kita di paksi yang betul atau tidak.kalau di paksi yang salah kita kena terima teguran barulah kita akan memperbetulkan paksi kehidupan ini.


Teguran itu tidak kira siapa kita.kalau ustaz sekali pun berbuat salah kita kena tegur.berani kerana benar takut kerana salah.jangan disebabkan dia ustaz kita tidak boleh tegur tetapi biar kena dengan tempatnya.tidak salah jika kita berkata “ustaz salah tu.bukan begitu tetapi begini”kan elok  bahasa yang digunakan itu biar beradap jangan biadap.
Tidak kiri siapa kita sekarang.berjaya atau sedang menuju ke arah kejayaan itu, kita  tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan untuk menyedarkan diri ini maka seharusnya teguran dan kritikan itu ibarat  rakan kita.terima lah teguran wahai rakan-rakan sekalian jika kita ingin mengubah diri ini tak  kan kita sendiri tegur diri ini sedangkan kita ini kadang-kadang tidak tahu di mana silapnya diri ini.

Sekian sahaja artikal saya kali ini mana yang baik datang dari sang pencipta dunia ini mana yang salah dari  diri saya sendiri.saya budak baru belajar kalau salah tolong tegurkan

Assalamulaikum

Sharwin iskandar

No comments:

Post a Comment