Thursday 19 April 2012

Gelaran makin hampir

LONDON: Manchester United semakin menghampiri kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali kelima dalam enam musim terakhir apabila hanya memerlukan dua lagi kemenangan bagi melengkapkan rekod itu.
Mengikut perkiraan, skuad kendalian Alex Ferguson hanya perlu menewaskan Everton di laman sendiri Ahad ini dan kemudian mengatasi musuh setempat, Manchester City pada 30 April bagi mengekalkan trofi Liga Perdana dalam kabinet di Old Trafford.

Dengan baki empat perlawanan, United kini mengumpul 82 mata, lima mata mengatasi City (77) yang akan turun menentang pasukan tercorot liga, Wolverhampton Wanderers.
City tampak tidak berdepan masalah untuk meraih tiga mata penuh dalam perlawanan itu bagi terus bertahan memberikan tentangan sekurang-kurangnya untuk satu minggu lagi sebelum membuat perhitungan di gelanggang sendiri menentang United.

Pengurus City, Roberto Mancini menyatakan peluang pasukannya merangkul gelaran pertama Liga Perdana sejak 1968 sudah terkubur namun Ferguson meramalkan perebutan masih terbuka selepas membelasah Aston Villa minggu lalu dengan berkata “selalunya pasti akan ada yang boleh mengecewakan anda.” Ashley Young berkata, United masih ada tugas yang belum selesai selepas merampas kedudukan pendahulu daripada City awal bulan lalu.

“Kedudukan liga sentiasa berubah musim ini namun kami berjaya menghuni kedudukan yang baik. Yang penting kami perlu menyelesaikan tugas ini sekarang,” kata Young.

“Kami tidak pernah ketinggalan daripada persaingan namun untuk berada di kedudukan sekarang adalah sesuatu yang hebat. Banyak pihak meragui kemampuan kami apabila City memiliki kelebihan beberapa mata dan jaringan namun kami berjaya melaksanakan tugas dengan baik dan semua pemain memberikan sumbangan.

“Kami melakukan sama seperti pasukan United sebelum ini dan tampil lebih hebat pada babak kedua musim.” City mencatat kemenangan besar ke atas West Brom dan Norwich dengan menghasilkan 10 gol memberikan petanda betapa mereka masih belum mahu menyerah kalah.
Gandingan penyerang Carlos Tevez dan Sergio Aguero pastinya sekali lagi menjadi pertaruhan City apabila berdepan Wolves yang kini ketinggalan lapan mata daripada zon selamat.

Saingan merebut tempat ke saingan Liga Juara-Juara menyertai dua kelab Manchester itu juga semakin sengit.

Arsenal (64 mata selepas 34 perlawanan) masih kukuh di tangga ketiga meskipun tewas mengejut kepada Wigan Isnin lalu namun perlu segera bangkit apabila berdepan pasukan tangga keenam, Chelsea (57 mata selepas 33 perlawanan) di gelanggang sendiri esok. - Reuters

Sinaran Blues

LONDON: Jaringan tunggal Didier Drogba membantu Chelsea mengejutkan juara bertahan, Barcelona, 1-0 pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.
Drogba menghidupkan impian Chelsea mara ke final pertama sejak 2008 menjelang pertemuan timbal balik di Nou Camp minggu depan selepas meledak gol pada hujung babak pertama dengan Barcelona mengalami kekalahan pertama di Eropah, musim ini.

Gol Drogba adalah percubaan tepat tunggal buat Chelsea pada perlawanan itu dengan Barcelona mencipta peluang bertali-arus namun dinafikan dengan corak bertahan lawan dari Liga Perdana Inggeris itu.
“Ia keputusan yang bagus. Kini kami hadir ke sana untuk cuba dan layak,” kata Drogba.

“Saya gembira beraksi dalam perlawanan ini. Kami mengharungi tempoh yang sukar namun kini memenangi perlawanan.” Kapten pasukan, John Terry berkata, persembahan dipamer Chelsea adalah yang terbaik pada pertandingan itu setakat ini.

“Kami perlu banyak bersabar. Mereka lawan yang hebat dan kami perlu bekerja keras di bahagian tengah,” kata Terry. “Didier mempamerkan persembahan bertenaga. Dia beraksi seperti Trojan.” Chelsea mendahului pada masa kecederaan babak pertama ketika lawan mendominasi hampir sepenuh perlawanan.

Frank Lampard melakukan hantaran hebat melintasi garisan tengah kepada Ramires di bahagian sayap kiri dan pemain Brazil itu melakukan hantaran lintang dalam kotak penalti kepada Drogba yang melakukan sepakan leret melepasi penjaga gol Barca, Victor Valdes.

Sebelum itu, Chelsea banyak bertahan ketika Barcelona mendominasi perlawanan untuk tempoh yang lama dengan corak hantaran pendek dan pantas yang biasa dipamerkan.
Kelab Catalan itu sepatutnya mendahului seawal minit kesembilan apabila Andres Iniesta menghantar bola kepada Alexis Sanchez namun cubaan pemain antarabangsa Chile itu singgah di palang sekalipun penjaga gol Chelsea, Petr Cech sudah tertewas. - AFP

Peluang menang masih terbuka

LONDON: Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola dan rakan sejawatnya di Chelsea, Roberto Di Matteo bersetuju peluang layak ke final Liga Juara-Juara masih seimbang walaupun juara bertahan, Barca tewas 0-1 pada separuh akhir pertama di Stamford Bridge, awal pagi semalam.
Guardiola meramalkannya dan berdepan perlawanan sukar menentang Chelsea selain menjangkakan ia sekali lagi sukar di Nou Camp minggu depan selepas juara Eropah itu kecundang di barat London pada perlawanan yang berlangsung dalam hujan.

“Sesebuah pasukan tidak mara ke separuh akhir enam kejohanan dalam sembilan tahun andai bukan pasukan yang kuat,” kata Guardiola kepada pemberita selepas menyaksikan pasukannya mendominasi sepenuhnya Chelsea namun tewas menerusi jaringan lewat babak pertama oleh Didier Drogba.
Guardiola menyaksikan pasukannya mencipta 24 peluang namun gagal meledak jaringan.

“Saya tidak jangka mencipta peluang yang banyak. Bagaimanapun, kami melakukannya tapi tidak mampu melakukan jaringan dan ia menjadi persoalan utama.

“Kami tahu ia pasti mencabar dan sukar namun kami perlu melihat apa yang berlaku pada perlawanan timbal balik. Kunjungan ke Stamford Bridge tidak pernah mudah.

“Namun di laman sendiri minggu depan, kami akan cuba dan mencipta peluang sebanyak mungkin namun bukan mudah menentang pasukan yang bertahan hingga ke bahagian bawah namun kami akan mencuba,” katanya. - Reuters

Ronaldo, Messi berentap

MADRID: Selain dikatakan sebagai penentu kejuaraan, perlawanan Clasico antara dua seteru utama, Real Madrid dan Barcelona esok juga bakal menyaksikan siapakah antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi yang lebih unggul meledak lebih banyak gol.
Pendahulu liga, Real lebih empat mata berbanding juara bertahan, Barcelona dengan baki lima perlawanan selepas perlawanan di Nou Camp sementara Ronaldo dan Messi masing-masing sudah memecah rekod penjaring terbanyak Sepanyol          apabila meledak 41 gol dalam La Liga musim ini.

Ronaldo yang menjaringkan 40 gol musim lalu, sudah menjaringkan 53 gol dalam semua saingan sementara Messi, bintang Argentina yang dinobat Pemain Terbaik Dunia tiga kali sudah meledak 63 gol termasuk 14 daripadanya pada saingan Liga Juara-Juara.
Messi hanya kurang empat gol lagi untuk menyamai rekod bekas penyerang Bayern Munich, Gerd Mueller yang menjaringkan 67 gol pada musim 1972-73.

Pertembungan terbaru dua kelab terkaya dunia itu mungkin berulang jika kedua-dua kelab itu mampu melangkah ke pentas final Liga Juara-Juara bulan depan dengan Real mencari kejuaraan ke-10 pada saingan itu manakala Barcelona sebagai juara bertahan, berusaha meraih kemenangan ketiga dalam tempoh empat tahun serta yang kelima secara keseluruhan.

Kedua-dua pasukan bagaimanapun melalui detik sukar pada saingan separuh akhir pertama selepas Real tewas 1-2 kepada Bayern Munich manakala Barcelona tumpas 0-1 kepada Chelsea di London. - Reuters


sumber dari berita metro hari ini.

Drogba sentak ego Barcelona

LONDON, (Arena.my) - Jaringan tunggal Didier Drogba membantu Chelsea melakar kejutan ke atas Barcelona dalam pertemuan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stamford Bridge. 

Gol Drogba hadir semasa permainan menuju ke bilik persalinan yang menyaksikan kombinasi Frank Lampard dan Ramires yang berlari di sebelah kiri sebelum pemain tengah Brazil itu melakukan umpanan ke dalam kotak penalti. 

Walaupun kurang menyerlah dibahagian serangan dengan gerakan gol itu merupakan satu-satunya percubaan tepat The Blues, pertahanan tuan rumah bagaimanapun kental menahan asakan penyandang juara itu yang diterajui Lionel Messi. 

"Ia keputusan yang bagus. Sekarang kami perlu pergi ke sana (Nou Camp) dan cuba untuk layak.

"Saya gembira bermain dalam perlawanan ini. Kami menghadapi tempoh sukar dan sekarang kami mula memenangi perlawanan. 

"Cukup penting untuk menang perlawanan ini," ujar Drogba.

Kecemerlangan Petr Cech juga wajar mendapat pujian dalam memastikan pintu golnya kebal sepanjang


sumber dari astro arena

Sunday 15 April 2012

Seorang lagi pemain pro mati


ROM - Semua perlawanan dalam saingan Serie A yang dijadual berlangsung semalam dan esok telah ditunda ekoran kematian perancang kelab Livorno, Piermario Morosini.
Terdahulu, pemain yang dipinjamkan dari Udinese itu disahkan meninggal dunia selepas rebah di tengah padang pada babak pertama perlawanan ketika aksi menentang Pescara dalam saingan liga divisyen dua pada Jumaat lalu.
Pemain berusia 25 tahun itu disahkan mati ekoran serangan sakit jantung.
Pengurus Besar Kesatuan Bola Sepak Itali, Antonello Valentini mengesahkan bahawa semua perlawanan yang dijadual berlangsung awal pagi semalam, awal pagi tadi dan awal pagi esok ditunda bagi menghormati kematian Morosini.
Mengulas lanjut mengenai insiden yang membabitkan Morosini itu, pegawai fisioterapi Pescara, Claudio D'Arcangelo berkata, beliau bergegas masuk ke padang selepas mendapati ada sesuatu yang tidak kena sebaik pemain itu rebah.
"Saya berlari masuk dalam padang kerana saya berasa ada sesuatu yang serius berlaku.
"Saya juga tidak menunggu kebenaran daripada pengadil. Saya memberi bantuan urutan di bahagian jantung Morosini dan buat seketika dia masih bernafas tetapi tidak ada apa yang saya boleh lakukan," kata D'Arcangelo.
Morosini telah dibawa ke hospital Civile Santo Spirito di Pescara bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan mati.
Kematian Morosini itu hadir tidak sampai sebulan selepas perancang Bolton Wanderers, Fabrice Muamba turut rebah di tengah padang ekoran serangan sakit jantung ketika aksi suku akhir Piala FA menentang Tottenham Hotspur bulan lalu.
Bagaimanapun, Muamba kini telah disahkan berada dalam keadaan stabil. - AFP
sumber dari berita kosmo hari ini

Sama garang!


MADRID: Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi masing-masing melakar rekod apabila mengumpul 41 gol dalam La Liga Sepanyol, semalam.
Mulanya, Ronaldo memecahkan rekodnya sendiri musim lalu dengan menjaringkan gol ketika bangkit daripada ketinggalan untuk mengalahkan Sporting Gijon 3-1.

Selang beberapa jam kemudian, Messi menyumbat dua gol ketika Barcelona turut bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menundukkan Levante 2-1 ketika juara bertahan itu kekal empat mata di belakang Real dengan pertembungan dinanti-nanti El Clasico hadir hujung minggu ini.
Pada malam yang penuh rekod, gol ketiga Real adalah jaringan ke-107 mereka dalam La Liga musim ini.

Ia meletakkan mereka pada kedudukan sama dengan pasukan Real Madrid kendalian John Toshak pada musim 1989-90 dengan anak buah Jose Mourinho masih ada baki lima perlawanan yang perlu diharungi.

“Rekod ini hadir daripada kerja keras semua pemain yang berusaha dan berhak muncul juara,” kata penolong jurulatih Real, Aitor Karanka.
“Bagi sesiapa yang berkata Jose Mourinho seorang jurulatih yang mengamalkan corak bertahan, anda perlu melihat statistik ini.” Bola yang terkena tangan Sergio Ramos menyaksikan Miguel Angel De la Cuevas meletakkan Sporting di depan menerusi sepakan penalti selepas setengah jam sebelum Gonzalo Higuain menyamakan kedudukan menerusi tandukan selepas 36 minit.

Ronaldo memecah kebuntuan dengan tandukan selepas 73 minit dan berikutan pembuangan padang Roberto Canella kerana dilayangkan kad kuning kedua, Karim Benzema menjaringkan gol ketiga.

Levante mendahului menentang Barcelona menerusi sepakan penalti pada minit ke-23 disempurnakan Jose Barkero.

Namun Messi kemudiannya menyumbat dua gol pada babak kedua dengan gol keduanya, daripada sepakan penalti selepas kekasaran oleh Pedro Botelho terhadap Juan Cuenca, membolehkannya menyamakan kedudukan sebagai pendahulu penjaring gol terbanyak bersama bintang Portugis, Ronaldo dengan 41 gol. - AFP



sumber dari berita metro hari ini

Sunday 8 April 2012

Assalamulaikum....kehidupan ini perlu ada perubahan. setiap manusia di dalam alam fana ini inginkan berubah tak kira tua,muda,kanak-kanak atau siapa sahaja.Akan tetapi perubah terhadap diri sendiri tidak akan berubah jika kita tidak merubah corak pemikiran kita ini.perlu di ingat salah satu perkara yang perlu kita ubah adalah cara pemikiran,cara kita berfikir.kadang-kadang kita berfikir bahawa untuk berubah adalah senang.tetapi kita tidak bertindak.dan kadang-kadang kita berfikir bahawa untuk berubah adalah susah sangat.ini adalah salah satu punca perubahan dalam diri kita telah terbantut.oleh itu.langkah awal untuk mengubah diri dari berfikirn begitu adalah sentisa positive thinking..berfikir semua perkara tidak mustial akan tercapai jika niat kita baik...ingat apa sahaja kita lakukan kita mesti ikhlas dan berserah pada ALLAH S.W.T. kita mampu merancang tetapi dia yang menentukan sama ada berjaya atau tidak.

bertindak sebelum terlambat


Messi lakar sejarah lagi

Pemain pertama dalam tempoh hampir 40 tahun jaring 60 gol pada satu musim 

MADRID: Lionel Messi menjadi pemain pertama dalam tempoh hampir 40 tahun menjaringkan 60 gol dalam satu musim pada saingan liga teratas di Eropah selepas cemerlang membantu Barcelona bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Zaragoza yang beraksi dengan 10 pemain 4-1 kelmarin. Gol ke-23 Messi daripada 12 perlawanan terakhirnya itu membantunya menyamai jumlah 60 jaringan, yang pertama selepas Gerd Muller menjaringkan 67 gol pada musim 1972-73 untuk Bayern Munich.

Dengan berbaki sembilan perlawanan lagi dalam saingan liga dan merebut piala, Messi, 24, mampu untuk mengatasi rekod bekas pemain Jerman itu. 

“Apa yang kami boleh lakukan hanyalah terus bermain dan lihat apa yang bakal berlaku pada baki saingan. Kami sedar ia perlawanan yang bakal sukar berdasarkan cara permainan lawan sejak beberapa bulan kebelakangan dan keadaan padang memburukkan lagi keadaan buat kedua-dua pasukan,” kata jurulatih Barca, Pep Guardiola. 

Kemenangan Barca kelmarin juga membantu juara bertahan itu merapatkan jurang dengan pendahulu, Real Madrid kepada tiga mata dengan skuad bimbingan Jose Mourinho itu berdepan jadual sukar pada bulan ini, bermula perlawanan menentang pasukan tangga ketiga, Valencia semalam. 

Selepas itu Real akan berdepan perlawanan tetangga Madrid menentang Atletico serta pertembungan El Clasico dengan Barca juga bakal menanti. 
Zaragoza yang berada di ambang penyingkiran liga mengambil kelebihan daripada permulaan perlahan Barca dengan Carlos Aranda menanduk masuk untuk meletakkan mereka di hadapan pada minit ke-30 selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti sebelum itu. 

Carles Puyol kembali menyamakan kedudukan untuk Barca enam minit kemudian dan Messi kemudian menjaringkan dua gol, masing-masing pada minit terakhir setiap babak. Pada masa kecederaan, Messi mencipta peluang untuk Pedro Rodriguez bagi gol keempat Barca. - AFP 






sumber dari berita harian hari ini

Aaron Aziz Bintang Paling Popular




ternyata sentuhan aktor malik dalam filem kl gengster cukup mengangkat nama bertua ini sebagai artis paling popular berita harian 2011.tahniah kepada Aaron Aziz...






GENTING HIGHLANDS: Aktor yang
cukup menyerlah lakonannya menerusi filem Ombak Rindu dan KL Gangster, Aaron Aziz memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 sebentar tadi. 

Aaron, 36, warga Singapura yang mula menjadi pelakon sepenuh masa di negara ini sejak lapan tahun lalu, meraih 87,669 undi. Beliau memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi iaitu Fizz Fairuz, Shaheizy Sam, Fasha Sandha dan Tasha Shilla.



Berikutan kemenangan itu, beliau meraih hadiah utama, kenderaan Nissan Teana 250 XV V6 berharga RM175,0000 tajaan Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd, selain barang kemas bernilai RM250,000 tajaan Rafflesia-Mandalay berserta trofi. 

Aaron yang kali pertama berlakon dalam drama tempatan berjudul Summaiyah arahan Erma Fatima pada 2004, juga buat kali pertama memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH 2011 apabila menyingkirkan saingan terdekatnya, Shaheizy Sam, selain tiga finalis lain – Adi Putra, Bront Palarae dan Syamsul Yusof. 

Bagaimanapun, beliau tewas dalam saingan Pelakon TV Lelaki Popular apabila kategori itu dimenangi Fizz Fairuz. 

Trofi Bintang Paling Popular 2011 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mohamad Azlan Abdullah, diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian/Berita Minggu, Datuk Mior Kamarul Shahid, pada majlis kemuncak ABPBH 2011 di Arena of Stars, di sini. 
Majlis gilang gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3, Hot FM dan NSTP e-media. 

ABPBH 2011 ialah edisi ke-25 penganjurannya oleh Berita Harian, iaitu acara menggabungkan pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti di negara ini yang terbabit dalam bidang perfileman, drama TV, muzik dan penyiaran. 


SENARAI PEMENANG ABPBH 2011 

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz 
Anugerah Seri Perak – Datuk Siti Nurhaliza 
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid 
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz 
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin 
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz 
Penyanyi Wanita Popular – Yuna 
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz 
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha 
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah 
Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak 
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias 
Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari 
Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla 
Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan 
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana 
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail 
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana







sumber dari berita harian..

Saturday 7 April 2012

Sentuhan Messi luar biasa


KIRA-KIRA 17 tahun lalu, Lionel Messi menjalani kehidupan seharian tidak seperti kanak-kanak sebaya dengannya.
Messi yang ketika itu berusia 11 tahun mengalami masalah hormon tumbesaran sehingga nasibnya itu mendapat perhatian Pengarah Sukan Barcelona, Carles Rexach.
Menyedari ada sesuatu yang istimewa dalam diri Messi, Rexach mengambil keputusan untuk membiayai kos perubatan anak muda kelahiran Rosario, Argentina itu.
Ternyata keputusan untuk membiayai kos rawatan Messi merupakan satu ‘pelaburan’ yang sangat menguntungkan buat Barcelona.
Hanya lima tahun bersama kelab remaja Argentina, Newell's Old Boys akhirnya Messi berhijrah ke Sepanyol pada tahun 2000.
Kesungguhan Rexach untuk ‘mengikat’ Messi terbukti apabila beliau sanggup menggunakan sapu tangan miliknya untuk mendapatkan tandatangan Messi sebagai ‘kontrak’ menyertai skuad remaja Barcelona.
Selepas tiga musim mewakili skuad remaja Barcelona iaitu pada 2000 hingga 2003, Messi telah dinaikkan ‘pangkat’ untuk menyertai skuad senior The Catalan.
Sepanjang tempoh semusim dengan membuat lapan penampilan bersama skuad Barcelona C, Messi telah merekodkan lapan gol.
Pada 2004, Messi dipilih untuk membarisi skuad Barcelona B. Bersama skuad itu, Messi telah beraksi dalam 22 perlawanan dan menjaringkan lima gol.
Hanya semusim bersama skuad Barcelona B, Messi akhirnya diberi tanggungjawab membarisi skuad utama Barcelona mulai musim 2004.
Messi tidak perlu menunggu lama untuk menunjukkan sentuhan berbisanya bersama skuad utama Barcelona.
Baru lapan musim bersama The Catalan, Messi telah berada di puncak kemasyhuran.
Selain dinobatkan selaku pemain terbaik dunia untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2009, Messi telah melakar sejarah tersendiri bersama Barcelona baru-baru ini.
Pada usia 24 tahun, Messi kini muncul sebagai penjaring terbanyak Barcelona dengan merekodkan 236 gol.
Jumlah jaringan itu sekali gus memadam rekod legenda Barcelona, Cesar Rodriguez yang meledak 232.
Lebih manis, Messi tampil selaku peledak paling berbisa dalam kempen Liga Juara-Juara apabila merekodkan 14 gol dalam tempoh semusim setakat ini.
Sebelum itu, Messi, 24, berkongsi rekod 12 gol dengan Ruud van Nistelrooy ketika penyerang Malaga itu menyarung jersi Manchester United pada musim 2002/03.
Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola berkata, beliau yakin bintang Messi akan terus gah mendominasi arena bola sepak dunia bagi tempoh lima tahun akan datang.
“Seawal usia 24 tahun, Messi sudah berjaya mencapai tahap yang tertinggi. Tidak mustahil dia mampu memberikan impak kepada sejarah bola sepak di dunia.
“Dia kini sebaris dengan legenda-legenda Barcelona dan saya yakin dia mampu merekodkan jaringan dengan lebih banyak dalam tempoh lima tahun akan datang,” ujar Guardiola.
Kelibat Messi bukan sahaja mendapat perhatian daripada Guardiola, malah kehebatannya turut mendapat sanjungan pengurus Arsenal, Arsene Wenger.
Wenger mengakui aksi lincah Messi di tengah padang bagaikan ada seseorang mengawal permainan video PlayStation2.
Wenger berkata demikian selepas menyaksikan persembahan luar biasa Messi apabila dia menjaringkan empat gol ketika menentang The Gunners pada aksi Liga Juara-Juara 2010.
“Sukar untuk dipercayai apabila dia (Messi) menjaringkan empat gol. Aksi, kelajuan, ketepatan dan kelincahan Messi seperti seseorang mengawal permainan video PlayStation2.
“Messi wajar dijulang sebagai pemain terbaik dunia,” akui Wenger yang menyifatkan Messi sebagai pemain yang cukup sempurna.
Bagaimanapun, kehebatan Messi bersama Barcelona, tidak dapat diulangi ketika dia menyarung jersi skuad kebangsaan Argentina.
Bersama Argentina, gaya permainan Messi dilihat hambar sehingga dia mendapat kritikan pedas daripada peminat bola sepak di negara itu.
Bagaimanapun, di sebalik kritikan tersebut, bekas jurulatih Argentina, Diego Maradonna tetap mempertahankan Messi biarpun bintang Barcelona itu dianggap sebagai punca Argentina tewas 0-4 kepada Jerman pada aksi suku akhir kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
“Walaupun Lionel gagal beraksi baik dengan Argentina tetapi dia masih pemain terbaik di dunia ketika ini, itu tidak boleh disangkal lagi,” tegas Maradona yang membimbing Argentina pada 2008 hingga 2010.
Nasib malang Messi bersama Argentina tidak terhenti di situ sahaja apabila dia sekali lagi menerima tamparan hebat selepas Argentina gagal menjulang Piala Copa America 2011 biarpun mereka tampil selaku tuan rumah.
“Persembahan Messi bersama Barcelona tidak sama sebagaimana dia beraksi bersama Argentina. Adakah pemain-pemain Argentina tidak memiliki kualiti sebagaimana pemain-pemain Barcelona?
“Perjalanan Messi masih jauh dan dia perlu bersaing dengan pemain-pemain muda hebat seperti Neymar yang beraksi dengan Santos kerana seawal usia 17 tahun, Neymar dilihat mampu memadam rekod Messi pada masa akan datang,” ujar legenda Brazil, Pele.
Neymar kini merekodkan 40 gol dalam 85 penampilan bersama kelab Brazil, Santos.
Di peringkat antarabangsa, Neymar telah menjaringkan lapan gol dalam 16 perlawanan bersama skuad senior Brazil. – Agensi

sumber dari berita kosmo hari ini.....

Friday 6 April 2012

Terry atau Messi?


JOHN Terry mula bimbang menjelang pertemuan Chelsea menentang Barcelona apabila anaknya kembarnya sendiri, Georgie dan Summer, 5, meminati Lionel Messi.
Mereka mungkin tidak gembira apabila ayah mereka sendiri yang akan menghalang pemain idola mereka dari Argentina itu.
Itu adalah satu lagi dilema yang membelenggu kapten Chelsea ketika dia bersedia berdepan pemain terbaik dunia dalam dua perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara pada 18 dan 24 April ini.

Cubaan �menghalang bintang Barcelona yang menjaringkan 58 gol itu memang cukup �membimbangkan dan ia ditambah lagi dengan tekanan kerana mengecewakan anak-anaknya.

“Bagi saya, Lionel Messi memang pemain terbaik. Saya bertuah dapat menentangnya dan apabila karier saya berakhir, ia sesuatu yang pasti dikenang kerana saya sudah menguji kehebatan saya dengan pemain terbaik.

“Dia masih akan terus gah biarpun karier saya sendiri berakhir. Jadi ketika menonton di televisyen nanti, saya boleh beritahu kepada anak-anak saya bahawa saya pernah menentangnya.

“Anak-anak saya memang sukakan Messi. Kedua-duanya mempunyai jersi dengan namanya di belakang malah mereka gembira kerana saya bertukar jersi selepas satu daripada perlawanan sebelum ini.”

“Saya tidak boleh merungut kerana Messi adalah pemain hebat secara individu dan juga seorang yang hebat. Dia mempunyai segala-galanya dan benar-benar memberi sumbangan kepada bola sepak.

“Melihat aksinya memang sesuatu yang hebat tetapi itu tidak bermakna dia tidak boleh dihalang, seperti yang kami buktikan sebelum ini.

Terry mungkin boleh berbangga dengan rekod bahawa pemain Argentina tidak pernah menjaringkan gol ke atas pasukannya dalam enam pertemuan mereka sebelum ini.

Satu lagi jaringan Messi tidak akan memberi sebarang makna buat pemain pertahanan itu melainkan jika Blues menghalang pasukan juara bertahan Eropah mara ke final di Munich pada 19 Mei.

“Secara jelasnya, memang seronok jika dapat berkata ‘saya pernah menentang pemain atau pasukan tertentu’. Tetapi bagi saya semuanya adalah mengenai kemenangan, katanya.”

“Sudah banyak kali kami hampir menjuarai Liga Juara-Juara tetapi kami masih belum pernah menyempurnakannya dan itulah sasaran kami.

“Ia menjadi matlamat kami sejak Roman Abramovich menjadi pemilik kelab ini. Dia mahu kami menjuarai Piala Eropah.

“Kami sedar memang sukar untuk menentang Barcelona di separuh akhir. Mereka adalah pasukan hebat yang boleh �memecah belahkan pasukan lain.

“Bagaimanapun kami tidak pernah kalah lima pertemuan akhir menentang mereka dan berharap dapat mengekalkannya dalam dua perlawanan berikutnya.”



sember dari berita metro...

kedua-dua pasukan ini amat layak menjadi juara liga juara-juara.