Thursday 19 April 2012

Peluang menang masih terbuka

LONDON: Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola dan rakan sejawatnya di Chelsea, Roberto Di Matteo bersetuju peluang layak ke final Liga Juara-Juara masih seimbang walaupun juara bertahan, Barca tewas 0-1 pada separuh akhir pertama di Stamford Bridge, awal pagi semalam.
Guardiola meramalkannya dan berdepan perlawanan sukar menentang Chelsea selain menjangkakan ia sekali lagi sukar di Nou Camp minggu depan selepas juara Eropah itu kecundang di barat London pada perlawanan yang berlangsung dalam hujan.

“Sesebuah pasukan tidak mara ke separuh akhir enam kejohanan dalam sembilan tahun andai bukan pasukan yang kuat,” kata Guardiola kepada pemberita selepas menyaksikan pasukannya mendominasi sepenuhnya Chelsea namun tewas menerusi jaringan lewat babak pertama oleh Didier Drogba.
Guardiola menyaksikan pasukannya mencipta 24 peluang namun gagal meledak jaringan.

“Saya tidak jangka mencipta peluang yang banyak. Bagaimanapun, kami melakukannya tapi tidak mampu melakukan jaringan dan ia menjadi persoalan utama.

“Kami tahu ia pasti mencabar dan sukar namun kami perlu melihat apa yang berlaku pada perlawanan timbal balik. Kunjungan ke Stamford Bridge tidak pernah mudah.

“Namun di laman sendiri minggu depan, kami akan cuba dan mencipta peluang sebanyak mungkin namun bukan mudah menentang pasukan yang bertahan hingga ke bahagian bawah namun kami akan mencuba,” katanya. - Reuters

No comments:

Post a Comment