MADRID: Selain dikatakan sebagai penentu kejuaraan, perlawanan
Clasico antara dua seteru utama, Real Madrid dan Barcelona esok juga
bakal menyaksikan siapakah antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi
yang lebih unggul meledak lebih banyak gol.
Pendahulu liga, Real lebih empat mata berbanding juara bertahan,
Barcelona dengan baki lima perlawanan selepas perlawanan di Nou Camp
sementara Ronaldo dan Messi masing-masing sudah memecah rekod penjaring
terbanyak Sepanyol apabila meledak 41 gol dalam La Liga musim ini.
Ronaldo
yang menjaringkan 40 gol musim lalu, sudah menjaringkan 53 gol dalam
semua saingan sementara Messi, bintang Argentina yang dinobat Pemain
Terbaik Dunia tiga kali sudah meledak 63 gol termasuk 14 daripadanya
pada saingan Liga Juara-Juara.
Messi hanya kurang empat gol lagi untuk menyamai rekod bekas
penyerang Bayern Munich, Gerd Mueller yang menjaringkan 67 gol pada
musim 1972-73.
Pertembungan terbaru dua kelab terkaya dunia
itu mungkin berulang jika kedua-dua kelab itu mampu melangkah ke pentas
final Liga Juara-Juara bulan depan dengan Real mencari kejuaraan ke-10
pada saingan itu manakala Barcelona sebagai juara bertahan, berusaha
meraih kemenangan ketiga dalam tempoh empat tahun serta yang kelima
secara keseluruhan.
Kedua-dua pasukan bagaimanapun melalui
detik sukar pada saingan separuh akhir pertama selepas Real tewas 1-2
kepada Bayern Munich manakala Barcelona tumpas 0-1 kepada Chelsea di
London. - Reuters
sumber dari berita metro hari ini.
No comments:
Post a Comment