Saturday 26 April 2014

Itu ujian dari Allah s.w.t jangan sekali salahkan takdir

Malang itu tidak berbau, kalau malang itu dapat di hidu oleh kita mana mungkin kita mahu bersama dengan namanya malang itu.itulah kehidupan yang kita tidak tahu apa yang terjadi dengan kita.adakah kita tahu sejam kemudian apa yang terjadi pada diri kita.itu semua rahsia dunia yang mana mungkin kita tahu.
Semua yang bakal terjadi pada kita sudah dirancang oleh Allah s.w.t ..inilah laluan kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini.mana mungkin Allah S.w.t nak bagi free hidup dalam dunia ini, sudah tentu ada dugaan dan cabaran yang kita mesti lalui.
Setiap musibah yang kita hadapi ada hikmah masing-masing.yakinlah itu adalah kehendaknya..

Berbalik cerita malang ini….bulan ini bermacam-macam nasib tidak baik saya dapat bermula dengan motor saya rosak sehingga helmat motor saya kena curi sehingga saya kemalangan motor.habis muka,tangan dan kaki saya luka.padanya mulanya saya bertanya mengapa semuanya terjadi tetapi dalam saya nak salahkan takdir lebih baik saya berfikir postiif.semua ini tarjadi atas ujian Allah s.w.t  sebab selama saya hidup sudah banyak saya abaikannya dan dosa yag saya lakukan terlalu banyak.mungkin disebabkan musibah yang saya terima ini akan dapat memberi peringatan kepada saya agar sentiasa menjadi umat yang baik dan perpegang teguh dengan ajaran isalam.saya anggap semua ini terjadi adalah dugaan dan ujian kepada saya.

Sekali sahaja dari saya tak ada idea nak kongis kepada kamu orang cukup sampai di sini kita bersama kalau ada masa dan idea yang menari kita ketemu lagi

Saya budak baru belajar kalah salah tolong ajarakan saya

By sharwin iskandar

Wednesday 2 April 2014

Perubahan itu perlu dicari by sharwin iskandar

 Assalamulaikum berbuka biacara.sekadar perkongsian untuk kita semua 

Bagaimana nanti kalau kita sudah tiada lagi.apakah sumbangan kita terhadap diri sendiri dan orang lain. Pernah kita terfikir tentang hal ini.jika pernah syukur Alhamdulillah,kita masih diberi kesedaran dalam diri ini.jika tidak pernah bagaimana.di saat ini mari kita berfikir untuk apa kita hidup ?
Pernah seorang bertanya kepada saya mengapa seorang itu boleh berubah ? saya bertanyah kembali kepada nya.jawapnya itu ada pada diri kita sendiri.

ini menjadi artikal saya kali ini.tujuan kita hidup ini bagaimana ya ? saya suka bertanya kepada diri sendiri.soalan-soalan sebegini mesti ada dalam kehidupan kita mengapa,kenapa di mana bagaimana.persoalan itulah menjadi titik tolak sebuah kehidupan untuk kita mengubah setiap arah yang tersalah dari paksinya.dengan soalan ini kita akan  cuba mencari jawapan yang sudah pasti kita temui jika kita menerokanya di setiap lorong-lorong kehidupan.yang pastinya setiap persoalan itu di jawapan dengan setiap jawapan.

Mari kita melihat diri ini dihadapan cermin.sudah pasti ada sahaja benda kita tidak puas hati.walaupun di mata orang lain kita sudah cukup cantik.tetapi di mata diri sendiri masih ada lagi kekurangan.itu adalah  realiti  kehendak manusia yang tidak terhad.terlalu banyak kinginan membuat kita banyak pilihan.begitulah juga kehidupan.kita harus memilih untuk hidup yang lebih baik daripda sekarang. Bukan tidak tahu bersyukur Cuma nak pastikan setiap nikmat Allah s.w.t bagi dengan kita,kita perolehikan dengan rasa kesyukuran.jika hari ini kita dapat RM10 ringgt adakah sudah cukup bagi kita.tipulah kalau kita cakap cukup. ikut nafsa nanti kita akan rugi.ya betul saya setuju.cuma dalah hidup ini kita kena bijak dalam menyelam sedalam-dalam nikmat sang pencita dunia ini.carilah ilmu sampai ke Negara cina.itulah yang saya maksudkan,sejak kita lahir lagi  kita sudah mencari ilmu. Bagaimana kita cuba merangkah,sampai pandai berjalan sampai pandai bercakap sehingga sekarang. Itu semua ilmu yang kita pelajari dari seorang ibu dan ayah kita. Terima kasih ibu dan ayah

Sampai bila kita duduk sambil berangan-angan untuk memiliki sebuah kehidupan yang baik.  Jangan kerap kali berangan-angan dalam hidup ini .tidak baik. Tanpa dengan tindakan mana mungkin kita akan dapat mengubah diri ini. Rezeki tidak akan dekati kita tanpa berusaha untuk mencarinya.siapa yang berpandapat hidup ini mudah.bagi saya hidup di dunia ini paling susah.bagaimana kita hidup akan menentukan bagaiaman kita menjalankan kehidupan ini.jika kita bijak dalam hidup maka sudah tentu kehidupan kita akan terjamin di masa akan datang.

Jika hari ini kita tiada apa-apa.adakah kita mahu hari esok  cerita yang sama kita perolehi. Jangan sehingga orang  lain menganggap kita tiada usaha untuk mengubah diri ini. Rugilah kehidupan jika tiada apa-apa yang kita sumbangan selama mana kita hidup. Untuk tiadak sia-siakan kehidupan ini,mari kita manfaatkan dan hargailah setiap nafas  yang Allah s.w.t pinjamkan dengan kita ini agar jika kita sudah tiada lagi.kehidupan kita tiadalah hanya sia-sia sahaja.


Marilah kita sama-sama berfikir.hidup ini bukan hanya suka-suka.tetapi hidup ini punya dengan tujuan.tujuannya hanya satu.nikmatilah hidup ini dengan rasa bersyukur dan tidak sia-siakannya.

yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang tidak baik datangnya dari diri sendiri. akhir kata saya..saya budak baru belajar itulah saya ingini berubah

Tuesday 1 April 2014

Saya terima setiap teguran By sharwin iskandar

Siapa yang menentukkan kesalahan kita kalau bukan rakan kita kan.mereka dapat melihat setiap kesalahan kita dan merekalah yang wajar menegur kita.untuk berhijrah menjadi insan yang baik kena terima setiap teguran yang membina dan juga kadang-kadang teguran itu agak keterlaluan.tetapi setiap teguran itu membina kita  


Teguran itu bagaimana ya ?selalu terjadi jika ada seorang yang menegur kita,ada kalahnya kita marah ada kalahnya kita tidak marah.begitulah manusia yang mempunyai sifat ketidakkpastinnya.keliru bagaimana kehidupan yang diinginkan.sering diberi peringatan kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan yang lain.setiap teguran itu membina  diri  bukan menjatuhkan diri kita.tiada di dunia ini jika ditegur makan kehidupannya akan gelap.belum pernah terjadi lagi.terpulang kepada diri sendiri mahu terima atau tidak..tetapi apa yang penting dengar dahulu baru kita pertimbangkan bagaimana kita kena terima setiap teguran itu. Sama ada sebaiknya.
Bahkan teguran ini tidak mengira usia.yang tua diwajibkan menegur budak-budak jika mereka membuat salah manakalah yang mudah boleh menegur yang tua jika yang tua ini berbuat salah.itulah teguran tidak kisah siapa kita.jika kita berbuat salah.kita diwajibkan ditegur.




Untuk membina jati diri yang tinggi perkara yang paling penting adalah bagaimana kita membina minda kita.sejak kecil lagi kita dilahirkan di dunia ini adalah seorang yang cemerlang.tidak perlu dirumusakan lagi kenapa kita cemerlang.semua orang tahu.untuk membina jati diri yang tinggi perlu dari minda yang dipupuk dari kalangan didikan yang terbaik.sebab itulah permulan penulisan saya.saya tekankan teguran itu bagaimana ya ? adakahkah baik atau sebaliknya.ada banyak cara bagaiman membina jati diri yang tinggi tapi penulisan saya kali ini lebih menekankan “teguran” kenapa teguran kerana sebuah yang bermula dari kesalahan akan diperbetulkan dari setiap teguran.setuju atau tidak terpulang kepada kita.tepuk dada Tanya iman.hanya iman kita yang mempu memestikan yang mana betul yang mana salah.


Kita kena terima setiap teguran
Pernahkah anda menonton AF ,raja lawak,maharaja lawak.atau rancangan-rancangan sama waktu dengannya.sudah semestina kita pernah menonton semua rancang di atas.rancangan-rancangan di atas adalah bagi saya adalah yang baik.kita ambil pandangan yang positif di mana semua perserta rancangan ini bermula dari zero (0). mereka boleh di kategorikan 2 golongan.ada bakat atau tiada.disebabkan nasib mereka baik maka mereka terpilih untuk menyerta dalam program ini..setiap minggu mereka akan membuat persembahan,memikat hati penonton dan pengundi dan pengkritik. Apa yang menarik dalam program ini adalah selepas membuat persembahan  mereka akan dikiritik oleh pengkiritik. Mereka akan ditegur mana kesilapan dalam membuat persembahan.bermacam-macam benda mereka akan ditegur.pernahkah kita terfikir adakah mereka marah setiap teguran yang dibuat oleh pengkiritik ?
Apa yang kita dapat tahu teguran yang dibuat oleh pengkiritik sudah banyak mengubah kehidupan mereka.daripada mereka tidak kenal identity mereka sehingga mereka kenal identiti mereka.itlah betapa pentingnya dalam menerima teguran yang diberikan kepada kita.
Tetapi sayangnya sekarang ini.kita seakan-akan tidak mahu ditegur.bahkan kita menanggap diri ini sudah cukup sempurna,cukup baik.cukup pandai.itulah kita,kita seakan lupa diri di mana kita sekarang ini.adakah kita di paksi yang betul atau tidak.kalau di paksi yang salah kita kena terima teguran barulah kita akan memperbetulkan paksi kehidupan ini.


Teguran itu tidak kira siapa kita.kalau ustaz sekali pun berbuat salah kita kena tegur.berani kerana benar takut kerana salah.jangan disebabkan dia ustaz kita tidak boleh tegur tetapi biar kena dengan tempatnya.tidak salah jika kita berkata “ustaz salah tu.bukan begitu tetapi begini”kan elok  bahasa yang digunakan itu biar beradap jangan biadap.
Tidak kiri siapa kita sekarang.berjaya atau sedang menuju ke arah kejayaan itu, kita  tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan untuk menyedarkan diri ini maka seharusnya teguran dan kritikan itu ibarat  rakan kita.terima lah teguran wahai rakan-rakan sekalian jika kita ingin mengubah diri ini tak  kan kita sendiri tegur diri ini sedangkan kita ini kadang-kadang tidak tahu di mana silapnya diri ini.

Sekian sahaja artikal saya kali ini mana yang baik datang dari sang pencipta dunia ini mana yang salah dari  diri saya sendiri.saya budak baru belajar kalau salah tolong tegurkan

Assalamulaikum

Sharwin iskandar