Selepas tunduk dua kali berturut-turut kepada bintang muda China, Chen Long, Chong Wei menebusnya pada saingan separuh akhir kelmarin dan tampil bersemangat di final untuk membenam Tago dalam tempoh hanya 39 minit.
Monday, 31 October 2011
Chong Wei bangkit di Paris
JAGUH negara, Lee Chong Wei bangkit daripada kekecewaan di Denmark
apabila muncul juara Siri Super Terbuka Perancis selepas menundukkan
pemain Jepun, Kenichi Tago 21-16, 21-11 di Stadium Pierre de Coubertin,
Paris, malam tadi.
Selepas tunduk dua kali berturut-turut kepada bintang muda China, Chen Long, Chong Wei menebusnya pada saingan separuh akhir kelmarin dan tampil bersemangat di final untuk membenam Tago dalam tempoh hanya 39 minit.
Ia adalah kejuaraan ketujuh Chong Wei dalam 10 aksi final tahun ini
dan kemenangan kali kelapan ke atas buat pemain ranking ke-19 Jepun yang
ditewaskan kali terakhir di suku akhir Terbuka Jepun, September lalu.
Dalam laluan ke final, pemain nombor satu dunia berusia 29 tahun itu
menewaskan Wan Ho Shon dari Korea Selatan 21-11, 21-11 di suku akhir
sebelum melepasi badi ngerinya, Chen Long 23-21, 17-21 dan 21-15 di
separuh akhir.
Selepas tunduk dua kali berturut-turut kepada bintang muda China, Chen Long, Chong Wei menebusnya pada saingan separuh akhir kelmarin dan tampil bersemangat di final untuk membenam Tago dalam tempoh hanya 39 minit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment