Thursday 3 November 2011

Bisa Messi


BINTANG Argentina, Lionel Messi hanya memerlukan 34 gol sahaja lagi untuk muncul selaku penjaring terbanyak kelab gergasi Sepanyol, Barcelona. Awal pagi semalam, Messi membuktikan ketajaman sentuhan penyudahnya apabila meledak hatrik bagi membantu Barcelona melakar kemenangan 4-0 ke atas Viktoria Plzen pada aksi Kumpulan H kempen Liga Juara-Juara.
Hatrik tersebut membolehkan Messi kini merekodkan 202 gol dalam 286 penampilannya bersama Barcelona. “Messi pasti mampu untuk memintas rekod (Cesar) Rodriguez untuk menjadi pemain paling banyak menjaringkan gol buat Barcelona. “Saya percaya ia bakal menjadi kenyataan dalam musim ini juga, usianya baru menjangkau 24 tahun,” kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola. Rodriguez yang juga bekas penyerang antarabangsa Sepanyol, masih memegang rekod sebagai penjaring terbanyak Barcelona dengan 235 gol yang dilakukannya pada musim 1942 hingga 1955....rujukkan dari berita harian....

No comments:

Post a Comment