Thursday 2 February 2012

Tangisan ini untuk teman sepermainan (buat Allahyarham Doto' Razali ismail)

Aku melihat dia tersenyum dalam diam lama
setelah bertahuan menakung benih iltizam
pada anak-anak serba kelam
di desa tak bernama

dialah teman sepermainan di dewan
dan di dalam kelas
menyusun gerak warisan bertahuan
mendengar tidurnya pada senja itu
aku menjadi keliru
antara benar atau khabar sesorang pemburu
yang tidak sebulu

dia adalah mangsa terjah segala arah
memagar diri meredah laut fitnah
mencari kuat peribadi
tmenjaja wadah tidak berhenti.henti

cintanya pada bangsa
melintasi sempadan rasa
menjelahai alur hidup anak-anak terkapar penat
di ranjaug asrama di hujung hulu
lalu diatur gerak perkasakan diri
siang dan makan hari
fikiranyatidak terhenti



dia kerap mengenang apabila dia diadu
medan barunya
katanya selalu ; maruah terpaksa dipertahan tetapi
bukan melalui intipan dan pintu belakang
"kalahku adalah kemanangan tanpa wang"

kalau aku dibenarkan pergi
usahalah panjang tangis pura-pura
kerana kita tahu di mana fikir ikhlas mereka
pada nilai diri atau sebuah kecupan bertangan


No comments:

Post a Comment