Monday 12 March 2012

Chong Wei tarik dir


UALA LUMPUR, (Bernama) - Keputusan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menarik diri daripada perlawanan akhir kejohanan All England semalam dipuji Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
 
Beliau berkata pemain nombor satu dunia itu telah meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi apabila melepaskan peluang untuk memenangi gelaran tersebut buat kali ketiga berturut-turut.
 
"Buat masa ini saya tidak mengetahui sejauh mana seriusnya kecederaan beliau. Saya harap ia akan pulih dengan segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup kejohanan Boling Padang National Singles 2012 di Kompleks Sukan Bukit Kiara di sini hari ini.
 
Chong Wei menarik diri akibat kecederaan bahu sekaligus memberi kemenangan kepada lawannnya Lin Dan dari China.
 
Chong Wei menarik diri ketika ketinggalan 2-6 pada set kedua. Beliau kalah 19-21 pada set pertama.
 
Ahmad Sarji berkata badminton masih menjadi taruhan negara untuk meraih pingat pada Olimpik London Julai ini, meskipun dibelenggu masalah kecederaan Chong Wei dan penurunan prestasi beregu utama Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.
 
"Pada saat ini taruhan kita masih pada badminton. Ini berdasarkan kedudukan Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia. Oleh sebab itu kita meletakkan harapan tinggi (pada badminton)," katanya.
 
Selain badminton, Ahmad Sarji berkata beliau masih belum dapat membuat ramalan mengenai sukan-sukan yang akan menyumbangkan pingat Olimpik buat negara.
 
"Kita belum mendapat senarai akhir atlet ke Olimpik. Setelah mendapat senarai itu baru kita akan kaji setiap atlet yang terlibat dan membuat perbandingan prestasinya dengan saingan yang ada.
 
"Jadi setakat ini tak dapat buat ramalan lagi, mungkin dalam satu dua bulan ini," katanya yang akan melawat pusat-pusat latihan atlet Olimpik bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong untuk mengenal pasti latihan dan keperluan atlet.
 
Antara acara sukan yang telah menempah tiket ke Olimpik termasuk menembak, memanah, berbasikal dan terjun



    .




No comments:

Post a Comment