Tuesday 6 November 2012

Assalamulaikum (Najwa idam 6A)


BATU PAHAT: Artis remaja popular, Najwa Latiff, 17, yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim di sini, semalam, mengidam keputusan 6A bagi membolehkannya melanjutkan pelajaran pada masa depan.
Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang terkenal menerusi lagu popularnya, Cinta Muka Buku mengakui terpaksa berkorban demi menduduki peperiksaan itu termasuk menangguhkan sebarang aktiviti seninya sejak beberapa bulan lalu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap proses mengulangkaji pelajaran.
“Ketika membuat rakaman mahu pun persembahan, saya tidak pernah mengabaikan pelajaran dan sering mencuri masa mengulangkaji pelajaran selain mengikuti tuisyen.

“Seperti pelajar lain, saya juga gugup, namun yakin mampu menjawab semua kertas peperiksaan dengan baik,” katanya.

Najwa antara 192 pelajar calon sekolah itu semalam, menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan Bahasa Melayu 2 di Dewan Seri di sekolah berkenaan.




di harap wawa akan berjaya dalam exm spm dan dapat kptsan 6A yang di idamkan.....kami akan mendoakan kejayan najwa latif...

No comments:

Post a Comment